Thursday, June 27, 2013

DIA Maha Mendengar

Assalammualaikum w.b.t

*****************************************************************
Usai membuat report, jam menunjukkan 7.03 petang..
Ketika mahu menggalas beg, pantas ku keluarkan telefon.

"Mak masak dak hari ni?" Tanyaku
"Mak buat nasi goreng." Balas mak.
"Kami nak pergi pasar malam,nak cari  nasi kerabu"..Bicaraku.
"Baguslah macam tu,mak nak pesan anggur hijau dengan anggur merah."
"Lagi?"
"Mak nak pesan mee kuah?"
"Bena"
"Nak pesan laksam."

Ermmm...hanya terdetik ketika jam 7.03 petang.

Cuaca baik hari ini, detik hatiku.
Perlahan-lahan kereta memberi signal. Rezekiku pabila ku lihat ada dua buah kereta memberi signal untuk keluar. Namun sebuah kereta memintas ku dari sebelah kiri.
" Ermm tak mengapa." Lama  tunggu dalam kereta memerhatikan samada ia mahu parking atau berhenti. Perlahan-lahan  kaki melangkah keluar dari kereta.
" Abang boleh parking depan sikit tak, terima kasih." Tersipu-sipu pemandu kereta tersebut.

Betul-betul di laluan besar Pasar malam. Pantas  beg  digalas dan langkah dipanjangkan.. 
Tercari-cari gerai yang disyorkan oleh rakan pejabat. Hmmm tak nampak pon nama gerai ini tetapi pelanggan boleh tahan. Hati berkata takkan depan mata nak beralah. Sabar.
Memang pelanggan situ ramai.

Hati menyebut rabbi yassir wala tu assir. Akhirnya sampai giliran . Ketika  kakak  itu membungkus nasi. Mata lihat sekeliling gerainya. Pasti ada keistimewaaan kerana orang tidak putus mengunjungi gerainya. Di sekeliling jalan. Mereka yang sabar dan cekal mencari rezeki. Namun sesuatu yang menyentuh hatiku..Mereka adalah saudara sesama bangsa dan melayu.

Selepas membeli makanan..telinga cuba menangkap sesuatu, namun gagal. Ketika tiba di kereta dan memasukkan segala keperluan, baru azan berkumandang. SubhanaALLAH . 
Berbeza waktu yang lepas  masih lagi terpinga-pinga di celahan gerai. 

Ya ALLAH kau permudahkan urusanku..
Ketika kereta melalui jalan besar..mata terpukau melihat keadaan jalan yang agak lenggang. Ya ALLAH sesungguhnya Engkau Maha Mendengar.

Nikmat manakah yang hendak KAU dustai? Alhamdulillah terima kasih YA ALLAH.

Ketika membuka bungkusan nasi. Apa istimewa nasi ini yang membuatkan hati tidak berputus asa. 

Teringat kakak kantin, restoran itu..air mata kucing..semua hanya kenangan. 

Kalau minggu lepas, hati memang tak nak pergi dah tetapi hari ini tanpa perancangan, terus terdetik. Kuasa ALLAH. Rabbi yassir wa la tu assir. Istimewanya kalimah ini.

P/S: Menulis adalah jiwa saya. Semenjak pulang dari Mabul. Saya akan lakukan perkara-perkara yang disukai selagi masih ada peluang asalkan ia tidak bertentangan dengan perintah ALLAH.Tangan tergerak untuk menari di keyboard pabila ada wujudnya perasaan aneh.Saya belum lagi sampai ke tahap seorang penulis yang bagus namun ketika saya singgah ke blog penulis novel Zura Asyfar, kebanyakkan jalan cerita dikarang pada waktu malam dan saya akui malam ilham bertebaran. Namun  saya juga berharap akan sampai waktunya... malam saya menulis tetapi menulis untuk DIA. Menulis untuk DIA dan menulis untuk DIA.
Andainya dapatku menulis..
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Cukuplah ALLAH sebagai penolongku dan Dia sebaik-baik pelindung..

No comments:

Post a Comment