Friday, October 8, 2010

Andai begitu suratan sejak diazali

Kuatkah aku??
Pasti ada hikmah disebaliknya sehingga aku terpilih dalam ujian ini..
Adakah aku gagal atau lulus???

Peristiwa-peristiwa dulu ku selak kembali...
Dalam mana aku  kecewa dalam pelajaranku..
Dalam mana aku kecewa ngan kerjayaku
pasti padaNYA aku kembali..
Dan tahun ni aku alhamdullillah sgt2..
Rezekiku....
Amin
Terima kasih Ya ALLAH........

Kadang-kadang bla ALLAH bagi yang indah2 belaka saja..
mesti aku alpha...
Kadang-kadang adil juga
Allah kasi yg indah dan yg sakit...
Allah memberi sesuatu padaku...
pasti ALLAH mahu aku memberi sesuatu padaNya..

Jika ia memihak padaku..pasti ia satu bonus
tp dari awal aku telah persiapkan diriku..
Kerna aku tahu...apa yang aku fikirkan...
pasti 'dia' fikirkan benda yang sama
Kerna hati kami bukan kejam...
Kerna hati kami xsanggup...
Apatah lagi tuk melukakan hati dan perasaan insan yang tidak bersalah..


Banyak yang aku pelajari..
Perkara luar biasa dari biasa aku lakukan..
Dari takot menjadi berani..

Sedetik bersama cukup indah...
Kuntuman senyuman sentiasa berbunga2..
Hati menyanyi lagu-lagu indah..
Syukur ...sekurang-kurangnya aku merasai jua..
Diibarat  tunggu bas..
Dah datang lambat...
takkan bus tu nak tunggu kita...
Pasti ditinggalkan..
Tapi klu bus tu tunggu...kira keajaiban la

tidak perlu turutkan hati..
menyesali apa terjadi..
andai begitu suratan sejak diazali
Pesanan mu ku simpan di dalam hati
dan sentiasa di dalam genggamanku

Andai kau pergi
Usahlah bimbang
Aku tidak pernah menyalahkan mu
Kerna aku tahu jika
aku berada ditempatmu....
Pasti sukar untuk diriku

Usahlah sedih
Aku pasti bole bangun
Pasti bole berdiri di atas kaki sendiri..
Takkan ku biarkan diriku tersungkur selamanya..
Di dalam keberanian terusik jua perasaan...
Selagi berupaya ku teruskan..
Perjalanan hidup ini yang masih panjang.....

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya

Janganlah kamu bersifat lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati..padahal kamu-kamulah
orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman..

Dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat ALLAH, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum kafir..

Bersabarlah duhai hati
moga kita menjadi hamba yg redha dan diredhaiNya

No comments:

Post a Comment