Sunday, December 27, 2009

PangKor penutup 2009



25 Disember - Technology Park.Recreation & Sport Club..atau dikenali kelab TRSC atau tarantula....telah menganjurkan konvoi ke P.Pangkor yang kebanyakannya melibatkan keluarga warga kerja BCM. Sebanyak 12 keluarga @ kereta telah mengambil bahagian...

Aku bertolak dari Serdunk ke Perhentian Semanggol di mana  semua berhenti untuk menjamu selera.

Sejarah dalam percutian apabila jeti Lumut penuh sesak dengan manusia macam sardin...saling tolak menolak dan himpit menghimpit keadaan pergi dan balik.....

Flora Beach Resort menjadi tempat penginapan kami...agak sejuk mata memandang bila tengak sekeliling........kepala yang serabut terus macam kena charge..segar bugar...selalu kalau sampai mana-mana destinasi...aktiviti pertama aku mesti bongkang....tetapi memandangkan percutian ini singkat...maka aku isi perut dulu..bekalan dari umah beb...coz maleh nak pusing2 cari makan klu daa letak buntot..

Pabila perut daa kenyang maka kaki pon kuat la nak berjalan....singgah je gerai...mata aku terus menangkap sesuatu...pa lagi aktiviti membuang wet trus bermula....dari gerai first sampai hujung aku tawaf....leh gila t0i..sume nak beli....dah wet abis...balik la ke chalet...

Malam aktiviti bbq...ni bapak-bapak budak yang masak...aku selambaland..ngan muka tak malu makan jer dengan penuh berselera...ntah bapa round..yg pasti siap tapau g..xyah control2...

Malam tido aku terjaga koi 2  coz mimpi buruk seorang kawan...memusing kepala memikir...apa yang aku mimpi biar terbuku dalam hati ni...

Pagi 26 Dec...semua bangun awal...coz aktiviti menjamu mata dan mandi manda...mujur semua beli mlm tuh coz mandi sampai xingat dunia...lagi sejam check out baru kami balik...mcm kartun la packing sume barang coz ada org tunggu nak check ini.......

Rancangan nak p tmpt mcm tembok cina tak kesampaian coz masa tak cukup.....Pabila tiba di Lumut sekali lagi aktiviti membuang wet bermula....ni ngan sate ikan..hasil-hasil laut bumi lumut dan pangkor...Kancil ku k0i la macam sardin ngan barang-barang semua......ingat nak tukar driver tetapi memandangkan sesak ngan barang-barang....ku teruskan juga pemanduan...Kesian kat budak-budak coz sekerat jalan aku tutup air cond..mata daa xleh tahan....

Tiba di persimpangan tiga...hampir berlaku  kemalangan bila kereta di depan break mengejut dan aku di belakang break mengejut tetapi terpaksa membelok sebelah kiri...Pucat toi coz takut sebelah kiri ada kereta...memang nasib ku baik..klu tidak mesti konvoi ni berkesudahan tidak baik.......temanya jangan break dekat coz kadang-kadang keadaan jalan yang licin menyebabkan break tidak tangkap....

Insiden ini membuatkan aku takot seketika dan kelewatan tiba dari Pangkor membuatkan aku membatalkan niat untuk menghadiri kenuri........Yang pasti percutian ni mmg cool dan tenang je...xperlu ribut-ribut...just bersantai di pantai...rileks otak ...balik dari Pangkor dengan semangat baru.........




No comments:

Post a Comment