Assalammualaikum w.b.t.
Semalam bila bos tanya,
Bos: kamu ada komen ada apa-apa tak?
Saya: tak ada
Bos: Betul xda?
Saya: Ya sambil menggeleng kepala.
Bos: Kamu sebagai "pelatih" sepatutnya "bercakap"
Saya: Dengan suara bergetar, dari dulu sampai sekarang bila saya train, saya brief tetapi operator ambil jalan mudah bila bos tanya samada jawapan "tidak tahu" atau "trainer tak train". Dalam hati macam mana rakan partner saya berputus asa, begitu juga dengan saya. Down.
Saya balik kerja,sunat semua saya tinggalkan kerana memikirkan hal ini. Yang wajib ja saya buat, saya mesej advisor saya tanya bila balik kampung? Doa selepas solat pendek sahaja, selebihnya saya termenung di tikar sejadah.Tanpa disedari butir-butir jernih laju membasahi pipi. Adakah aku tidak layak jadi "pelatih'? Adakah aku perlu beralih arah?Hati berkata minggu depan nak jadi apa pon, jadi lah..Hati berkata Ya ALLAH, gerakkan aku bangun..
Namun, Subuh matahari sudah tinggi,Ya ALLAH,ampunkan hambamu ini! Bersiap-siap saya ke kedai buku. Buku adalah sahabat yang terbaik. Ketika memandu kereta, saya memandang awan.."Marahkah aku pada ALLAH?"
Hajat di hati hanya mahu membeli dua buah,walaupon saya membawa sekeping not 50 sahaja.Tiba di kedai buku tersebut, empat buah jadi taruhan, sekeping not tidak cukup, maka sekeping kad menjadi mangsa.
Ketika pulang, saya membaca buku Mudahkan jangan susahkan, sedihnya bila baca cerita gado-gado.
" Saya pernah bertanya, mengapa aku Ya ALLAH? mengapa aku!Mengapa aku cover 5 shift?
Tetapi aku pernah tidak bertanya
"Mengapa dikalangan 5 orang, aku terpilih boleh berdiri atas kaki sendiri, mengapa dikalangan 200 orang aku terpilih melihat panaroma dan keindahanMU di puncak KK,mengapa dikalangan 500 orang aku terpilih untuk menjadi tetamu ya ALLAH. Mengapa dikalangan puluhan orang,aku terpilih menjadi pelatih. Mengapa dikalangan 6 orang aku terpilih menjaga produk yang kritikal. Mengapa aku tidak pernah bertanya ya ALLAH? jika aku di dalam kesenangan.
Ya ALLAH bantulah aku mengingatiMU
Ya ALLAH bantulah aku mensyukuri nikmaMU
Ya ALLAH bantulah aku memperbaiki ibadah kepadaMU................
Friday, February 1, 2013
Friday, January 25, 2013
Kerja adalah ibadah yang dituntut di sana nanti.
Assalammualaikum w.b.t
Salam Maulidul Rasul..Alhamdulillah segala puji pujian bagi ALLAH Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan selawat ke atas Nabi kita Rasulullah SAW. Bercakap soal Rasullullah SAW semua mengenali tetapi sejauh mana kita berusaha untuk mencapai redha dan syafaatnya di sana nanti.
Pagi yang sejuk kerana hujan turun membasahi bumi. Pasti pokok-pokok makhluk yang paling gembira diatas anugerah ALLAH ini. Sahabat baik saya pernah berbicara.
Tahukah kita ibadah apa yang paling lama kita buat dalam hidup kita seharian?
Kerja ialah ibadah yang paling lama kita peruntukan kerana dalam kehidupan kita seharian boleh dikatakan purata 8-12 jam kita habiskan waktu untuk hal ini.
Solat lima waktu kita peruntukan dalam purata 1-2 jam sehari sahaja.
Namun sejauh mana kita menjaga kerja dalam kehidupan seharian?
Sahabat juga berbicara.
Kita boleh luangkan 1-2 jam untuk mengangkat material berat namun kita tidak boleh luangkan 5-10 minit untuk rekod. Rekod adalah proven kerja kita. Begitu dalam kelas,kita boleh luang 10 jam sehari namun kita tak boleh luangkan 20-40 minit untuk marking dan signature. Adakah kita sudah memenuhi tuntutan kerja? Pada siapakah kita berharap akan menyambung kerja kita?
Sejauh mana kita menganggap kerja itu ibadah? Jika ALLAH bertanya hai si fulan binti si fulan, adakah kamu sudah melaksanakan apa yang di amanahkan kepada kamu dengan sempurna? Saya pasti semua mengigil-gigil dan pasti menyudahi pekerjaaan itu dengan sebaik-baiknya.. Dalam hati kita tiada perasaan takut pada ALLAH, maka kita tidak berasa apa-apa. " Ada aku kisah?", " Sekarang bukan aku yang jaga, lagipon nanti bukan aku yang kena." " Janji aku buat".
Apa tujuan kita bekerja?
Tujuan kita berkerja adalah untuk mencari rezeki yang berkat dari ALLAH. Adakah rezeki kita berkat seandainya perkerjaan yang kita lakukan itu alai balai? Adakah berkat sekiranya ia mengundang masalah kepada kawan kita?
Sedalam mana hati kita mengatakan apa yang aku lakukan ini adalah ibadah semata-mata kerana ALLAH?
Seperti Ustaz Don kata, saya tahu saya manusia yang tidak sempurna, sampai kiamat pon saya belum tentu sempurna, namun saya mahu mengajak manusia ke arah kebaikan. Fikir dan fikir betul ka apa yang kita lakukan? Ini ibadah.

Saturday, January 19, 2013
Tidak akan berubah qadha melainkan dengan doa
Assalammualaikum w.b.t
Sehingga kini syukur pada ALLAH, kesihatan Dikya bertambah sihat..dan seronok hari ini Dikya sudah memulakan seisi kuliahnya walaupon dia lewat dan tertinggal beberapa seisi pelajaran.
Mudah-mudahan Dikya terus kuat dan kuat untuk meneruskan kehidupan ini. Walaupon pada awalan Dikya tidak dapat menerima hakikat namun kata-kata mak ada benarnya. Allah itu sayang hambanya, dia memberi teguran supaya kita ingat kepada Dia. Kita masih lagi ada masa memperbaiki urusan kita dengan ALLAH,selalu ingat Dia. Sakit itu adalah kafarah kepada dosa-dosa kita sebelum ini.
Al-Quran itu mukjizat ALLAH, rawatlah dengan ayat-ayat Al-Quran. Kita tidak boleh menghalang kerja ALLAH tetapi kita perlu buat apa yang ALLAH suruh kita kerjakan..Siapa yang pergi dulu itu urusan ALLAH tetapi yang pasti setiap kita semua akan pergi. Mak kata" Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat ALLAH", berusahalah kerana ALLAH itu Maha Mendengar.

Tuesday, December 4, 2012
28 Disember 2012
Assalammualaikum w.b.t..
24 minutes post dari Di Sebalik Jendela membuat saya tersenyum. Kata-kata adakah sekadar hiasan?
Berpegang kepada hukum karma ALLAH tidak pernah memungkiri dan akan terjadi waktu itu ..pasti.......

Astagfirullahal'azim..terdetik apa motif sebenar di sebalik kata-kata dan kenyataan-kenyataan yang beria-ria.
Adakah dari hati yang ikhlas atau semata-mata sandiwara sahaja.
Lagi 20 hari genap 3 tahun perjuangan saya di sini, hampir menyaingi rekod tempat lama....Seakan mimpi dan sekejap sahaja waktu itu berputar. Mereka-mereka yang menginterview saya mengingatkan kembali waktu-waktu saya datang interview.."masa interview tak gelak macam ini". sekarang gelak macam pontianak. ..dulu berkebaya..sekarang kebaya pon dah tak muat.
Terima kasih Ya ALLAH kerana membuka pintu-pintu hari mereka untuk menerima saya. Tanpa kau campakkan ke dalam hati mereka pasti tanpa saya di sini. 3 tahun cukup untuk saya melihat karenah manusia. Masa tiba untuk kita menghargai sesiapa di sekeliling kita.
I promis to myself to do only of the best, work the best and expert only the best..
Subscribe to:
Posts (Atom)