Friday, January 25, 2013

Kerja adalah ibadah yang dituntut di sana nanti.

Assalammualaikum w.b.t
Salam Maulidul Rasul..Alhamdulillah segala puji pujian bagi ALLAH Tuhan  yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan selawat ke atas Nabi kita Rasulullah SAW. Bercakap soal Rasullullah SAW semua mengenali tetapi sejauh mana kita berusaha untuk mencapai redha dan syafaatnya di sana nanti.

Pagi yang sejuk kerana hujan turun membasahi bumi. Pasti pokok-pokok makhluk yang paling gembira diatas anugerah ALLAH ini. Sahabat baik saya pernah berbicara.

Tahukah kita ibadah apa yang paling lama kita buat dalam hidup kita seharian?

Kerja ialah ibadah yang paling lama kita peruntukan kerana dalam kehidupan kita seharian boleh dikatakan purata 8-12 jam kita habiskan waktu untuk hal ini.
Solat lima waktu kita   peruntukan dalam purata 1-2 jam sehari sahaja.
Namun sejauh mana kita menjaga kerja  dalam kehidupan seharian?

Sahabat juga berbicara.
Kita  boleh luangkan 1-2 jam untuk mengangkat material berat namun kita tidak boleh luangkan 5-10 minit untuk rekod.  Rekod adalah proven kerja kita. Begitu dalam kelas,kita boleh luang 10 jam sehari namun kita tak boleh luangkan 20-40  minit untuk marking dan signature. Adakah kita sudah memenuhi tuntutan kerja? Pada siapakah kita berharap akan menyambung kerja kita?

Sejauh mana kita menganggap kerja itu ibadah? Jika ALLAH bertanya hai si fulan binti si fulan, adakah kamu sudah melaksanakan  apa yang di amanahkan kepada kamu dengan sempurna? Saya pasti semua mengigil-gigil  dan pasti menyudahi pekerjaaan itu dengan sebaik-baiknya.. Dalam hati kita tiada perasaan takut pada ALLAH, maka kita tidak berasa apa-apa. " Ada aku kisah?", "  Sekarang  bukan  aku yang jaga, lagipon nanti bukan aku yang kena."  " Janji aku buat".

Apa tujuan kita bekerja?
Tujuan kita berkerja adalah untuk mencari rezeki yang  berkat dari ALLAH. Adakah rezeki kita berkat seandainya perkerjaan yang kita lakukan itu alai balai? Adakah berkat sekiranya ia mengundang masalah kepada kawan kita?

Sedalam mana hati kita mengatakan apa yang aku lakukan ini adalah ibadah semata-mata kerana ALLAH?
Seperti Ustaz Don kata, saya tahu saya manusia yang tidak sempurna, sampai kiamat pon saya belum tentu sempurna, namun saya mahu mengajak manusia ke arah kebaikan. Fikir dan fikir betul ka apa yang kita lakukan? Ini ibadah.

No comments:

Post a Comment