Saturday, January 19, 2013

Tidak akan berubah qadha melainkan dengan doa

Assalammualaikum w.b.t

Sehingga kini syukur pada ALLAH, kesihatan  Dikya bertambah sihat..dan seronok hari ini Dikya sudah memulakan seisi kuliahnya walaupon dia lewat dan tertinggal beberapa seisi pelajaran.

Mudah-mudahan Dikya terus kuat dan kuat untuk meneruskan kehidupan ini. Walaupon pada awalan Dikya tidak dapat menerima hakikat namun kata-kata mak ada benarnya. Allah itu sayang hambanya, dia memberi teguran supaya kita ingat kepada Dia. Kita masih lagi ada masa  memperbaiki urusan kita dengan ALLAH,selalu ingat Dia. Sakit itu adalah kafarah kepada dosa-dosa kita sebelum ini.

 Al-Quran itu mukjizat ALLAH, rawatlah dengan ayat-ayat Al-Quran. Kita tidak boleh menghalang kerja ALLAH tetapi kita perlu buat apa yang ALLAH suruh kita kerjakan..Siapa yang pergi dulu itu urusan ALLAH tetapi yang pasti setiap kita semua akan pergi. Mak kata" Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat ALLAH", berusahalah kerana  ALLAH itu Maha Mendengar.



No comments:

Post a Comment