Sunday, December 22, 2019

The best picture and memories 2019


Assalammualaikum 
Genap 10 tahun sebulan blog ini.
so tonight I am writing to dedicated 10 years to this blog.


unbelievable it almost 10 years.
but I think still 26 years old.
7 years got license backpacker
maybe next step forward to get license solo traveler.

due to I want to follow my heart
to create my own route
and my destination
rare places with mesmerizing sceneries
 the beauty almighty of  the creation


Tuesday, March 21, 2017

MAD 2017

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini kejar masa sebab tak tahu jalan...Otak dok memikior sampai sudah tak ingat jalan. Dulu dok hantaq tender guna jalan tu..tapi tu dari Pendang...Mai dari Kulim jadi haru sungguh.

Mujur mulut ni jenis buka..behenti tanya orang..Alhamdulillah sampai ..nak kata sesat..tak sesat..cuma tak jumpa.

Adegan yang tak sepatutnya berlaku kan otak dok penat memikior..boleh tersasul ketua fakulti..ingatkan student..seyes masa angkat muka tu.."krik..krik".
"Mesti dalam hati dia bicara..ish2 bertuah student ni".

Pergi tak expected apa pon..just ingat makan untuk raikan..Macam anak-anak klu kita raikan..makin suka dia..rasa diri begitu dihargai.
But first tabik spring kat pihak penganjur dan AJK Pelaksana.Terima kasih sepanjang hayat buat kalian. Yes bukan mudah kita nak lakukan sesuatu..then the "moment" tu sangat terkesan dalam jiwa aku..Ye la kan keja 10 thn tak pernah naik stage...sekolah pon tak naik..inikan pula. Rasa gembira rasa masalah kerja yang berbakul-bakul atas kepala hilang begitu saja. The best "moment" pic ..terima kasih adik..sbb ambik pic kak nampak kuruih..walaupon berat naik 10 kg..Semoga ALLAH membalas usaha adik yang begitu komited. Amin

Balik tu bagi abah tengok..abah belek2..ye la kan.dulu nak sambungkan..nak harap sapa..kat bawah pon ada tiga orang lagi..bila kerja bayo ptptn..bayo keta...gaji swasta hampa kira darab sendiri. .elaun tak dak pa..harap perisi la basic tu. 

Semua ini rezeki ALLAH bg..tak dak formula apa...Jangan pernah berhenti meminta. 
Bila Puan tu cakap ini first time untuk student ePJJ...Alhamdulillah..terima kasih ya ALLAH..terima kasih ya ALLAH.
Means ada lagi 8 sem..jika masih ada rezeki..bertamu kita kembali..


Layan moment yang memahat  & mengukir hati ..





Walaupon seseorang tidak dapat berpatah balik dan mencipta permulaan yang baharu...tetapi seseorang dapat bermula dari sekarang dan mencipta penamat baharu~











Sunday, March 12, 2017

Sel@ngkah ke Pentas Kental

Assalammualaikum w.b.t


Apabila kita membuat sesuatu keputusan maka dengan rela hati kita juga bersedia melakukan pengorbanan.
Alhamdulillah azam tertangguh terus digapai dipenghujung waktu dan usia.

Sesungguhnya aku beruntung kerana terpilih dan dipilih.
Bermula titik permulaan apabila satu ketika sahabat-sahabat yang sama-sama membuat permohonan ePJJ  5  tahun yang lalu telah graduate. Terasa masa begitu pantas berlalu. Tersentak dari lamunan dan angan-angan. Awat la xminta lain masa permohonan gagal.Sia-sia flash back.

Berbekal sisa semangat yang masih terkontang kanting.Bermula kehidupan penuh kental. Kental menhadapi cabaran. Maklumlah swasta memang jauh layanan daripada gomen. Perjalanan yang ranjau.

Dikala orang lain sibuk dengan ulangkaji..aku sibuk di press M11.
Hari first day exam jam 9.00pagi.Balik keja 1.00pg..tupon bos suruh balik 3.00pagi...Abis exam xda celebrate..ko masuk la keja balik..Cuti ulangkaji & cuti khas memang mimpila kecuali cuti exam.

Hopefully semangat terus subur sebab perjalanan masih panjang dan berliku. Tapi happy sebab bermula di sini develop myself. Keja bapa tahun mana pernah present dalam omputih. Ni ambik ko..

Sesungguhnya Ya ALLAH aku amat berharap terhadap sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.Amin.

Kawan-kawan doakan makda ~











Saturday, February 11, 2017

My Best Friend

Assalammualaikum wbt
Kawan Tanya apa nama blog makde.
Hari ni makde buka..wow so surprise..
dah xda iklan.


still original
but klu Tanya code itu ini..
memang kelaut ..dah xingat.


Actually she org first yang introduce dunia hiking..dunia travel...dunia backpackers.


Nikmat melihat salah satu kebesaran Allah Ta'ala yang xsemua orang dapat.
Bawa makde keluar dari satu sempadan yang makde tidak jangka.
Titip pengalaman yang luar biasa dari biasa.
Bersama dgnnya beribu2 pic snap yang terhitung
sampai 500GB ...tunggu masa sesuai untuk frame semua sejarah.




Kami xsll berjumpa sbb jadual kerja makde yang lain dari lain.
Bertembung di taman syurga Al Fateh xpon di tasik..boleh kira dengan jari setahun berapa kali jumpa.


She is my best friend
Sbb dia selalu buat makde malu pada diri sendiri, malu pada ALLAH.
Sll buat makde ingat pada ALLAH.
Dia pangkat besar tapi sudi kawan dengan makde yang xdak calit pon.
One day jika dia Berjaya godek tulisan makde, ketahuilah dia kawan terbaik makde dunia akhirat.


InshaALLAH ada masa dan waktu...kita bersua lagi.


Rindu #Team srikandi Malaysia















Monday, January 19, 2015

Suci dalam Ilmu


 Finally..

Jika sourching...akan cari sampai dapat..


Suci dalam Ilmu

ilmu itu pelita hidup...
kunci setiap kejayaan...
alam maya terus ku terokai...
menempuh hidup hari muka...
tanpa ilmu didalam jiwa...
hidup terasa tak bermaya...
hanya arah tujuan membawa...
ke arah kejayaan kita ...
kita bersama...
ku mengharapkan kejayaan...
mengatasi rintangan...
tanpa putus asa dan bimbang...
terus berjuang...
cintaku pada ilmu...
sedalam laut biru...
cintaku pada ilmu...
setulus kasih ibu...
aku terus mencari...
menjelajah dunia...
tanpa merasa jemu...
kita maju bersama...
semoga azam teguh dan kukuh...
hingga ke mercu kejayaan...
semoga usaha yang kita lakukan...
mendapat keredhoan Allah...



lagu ini pada aku darjah 5..
why nak sangat lirik lagu nih..
sebab bila ada kem motivasi..
aku nak nyanyi lagu ni..

hahaha..
cercuba..

alang-alang bagi training..
bila melekat dalam hati..

  

Thursday, January 1, 2015

Jangan sesali masa lalu

11 Rabiulawal 1436


Alhamdulillah..
Antara tarikh Islam dan tarikh omputih..
Tarikh Islam yang menjadi ingatan..tidak pernah lupa.
Maulidur Rasul selalu membuatkan tersedar akan bertambah usia.

Jangan sesali masa lalu
Jangan risau masa depan
selalu ada harapan asalkan
kita sanggup berubah...

Nabi S.A.W. menganjurkan kita untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah..
Apabila usia dunia bertambah itu bermakna kita telah menghampiri alam kubur..
Jika kita mahu menjadi tetamu di akhirat nanti maka rajin2 lah jejaki rumah ALLAH..
Jika kita mahu menjadi ahli syurga di akhirat maka rajin2lah bertamu di taman-taman syurga di dunia


Ketika Zulaikha mengejar cinta Nabi Yusuf as, malah bertambah jauh Nabi Yusuf darinya. Ketika Zulaikha mengejar cinta ALLAH malah ALLAH datangkan Nabi Yusuf di hadapannya dan diperintahkan oleh ALLAH untuk menikahi Zulaikha. Oleh itu jangan kejar cinta makhluk kelak akan jauh dari ALLAH. Kejarlah cinta ALLAH kelak kamu akan dapatkan semua cinta makhluk.

Suatu ketika dahulu..
Lagu dan buku ini menerjah serentak di saat hati dan perasaan yang kekontangan..
menongkah langkah kaki..
Semua berjalan dengan kehendakNYA..


Rapuh
 

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



Aku pengembara sementara
mencari cintaMu dihatiku.
 

Monday, December 29, 2014

Berakhirnya sebuah penantian

Telah kutitip
segunung kedukaan
selaut airmata
dari sebuah tangisan
tentang semalam yang luka

Telah kutitip
selonggok kesepian
sekawan rindu
yang menerjah
dari hati dan perasaan 
yang kekontangan

Telah kutitip kembali
hampas semangatku yang terbang
dedaun tekadku yang terbang
hari ini aku bangun
menggenggam kembali
sebuah cita-cita
untuk meneruskan...


**Roslinda Ibrahim**

Adakalanya


Adakalanya
Mesra itu ada
Apabila senyuman menjadi tawa
Menghidupkan suasana
Naluri insani meminta
Menjalinkan ikatan sahabat
Setia...

Adakalanya 
Rindu itu ada
Apabila sahabat bertukar rasa
Mencuit hati dalam
Gelora kasih
Belaian mesra menjadi impian 

Adakalanya
Sayang itu ada
Merisik seluruh sanubari
Menagih sesuatu
Melebihi mesra dan rindu

Adakalanya 
Cinta itu ada 
Lahir dari segala ribu rasa
Di antara resah dan gelisah
Hati berbunga indah
Dengan memiliki 
Dan dimiliki
Janji kasih berpadu erat

Adakalanya
Kasih bertukar menjadi kasihan
Memberi simpati seadanya
Menerima di dalam keterpaksaaan
Ditelan mati emak
Diluah mati bapa
dan kepuraan menguasai diri

Adakalanya
Mesra, rindu, sayang , cinta
dan simpati itu ada
Melengkapi putaran hayat
Bila terkadang iman
tergugat
Namun percayalah
Segala ada rasa di situ
Walaup bahagia sekalipun

**Afizsar e9**


Tuesday, December 16, 2014

Allah knows the best

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih..







Aku hanya pengembara
bermula langkahku
Rinjani 2015
 

Saturday, November 22, 2014

Blog Duniaku Dakwahku

Assalammualaikum w.b.t

Bukan mudah untuk mencoret dan kebetulan jatuh pada hari ulangtahun.
Bukan mudah untuk memerah ilham apatah lagi disiang hari..

Akhirnya blog ini berusia 5 tahun.
Dahulu dan kini blog ini..tetapi tak pasti selamanya..
Memaparkan level karanganku..
Samada gred b atau c ..yang memerlukan usaha keras untuk memintal ayat-ayat supaya bererti untuk dicerna dan dihadam.

Jika satu ketika dahulu blog ini tempat ku melepaskan perasaan... jika itu dahulu..mungkin selepas ini akan berputar 180 darjah .lebih baik bicara sama blog dari bicara sama manusia..manusia suka menokok tambah dan menjadi batu api..dari blog yang hanya kelu membisu.

Mungkin selepas ini adakah aku mampu nak karang tentang perjalanan dan destinasi kebesaranMU.....yang pasti perlu  wujudkan tabung camera...coz selama ni bergantung pada hp dan camera canggih kengkawan..mungkin selepas ni kena bawa buku nota...

Rinjani..agak2 tak sampai bolehkah nak mengarang? 

2014 meninggalkan seribu satu cerita..2015 pembuka cerita.


Aku mampu pergi jauh

Cuba merasai apa yang mereka rasa..kalau bawa bebanan mau senget  bahu sekali
KebesaranMU tiada tandingi








Bila kita selalu disakiti..baru  kita tahu bahawasanya kita mempunyai jiwa dan hati yang besar.
Bila kita tidak mengalah..baru kita tahu bahawasanya kita mampu buat yang lebih baik..
Bila kita berkawan dengan orang yang level tinggi..baru kita tahu bahawasanya betapa kerdilnya kita dan sekurang-kurangnya mengingatkan yang kita perlu keluar dari kepompong sendiri.

Ceritaku..colotehku..blogku..duniaku..dakwahku..

Aku hanya pengembara
mencari cintaMU dihatiku.

Thursday, October 23, 2014

Ujian itu menguji sejauh mana sabar kita.

Assalammualaikum w.b.t

Everyone makes mistakes in life but that doesn't mean they have to pay for them for the rest for their lives.

Sometimes good people make bad choices but that doesn't mean they're bad people.

It just means they are HUMAN..

Sebenarnya kita tak tahu apa yang ALLAH akan duga dan akan beri, semua terpulang kepada kita bagaimana menilai. Doa dan kesabaran adalah kunci utama tapi ingatlah dugaan ALLAH itu tidak sama bagi setiap insan.


Tewas dalam cinta belum bererti 
kita kalah dalam kehidupan..
Ini hanyalah cebisan zarah.
Padahal di hadapan masih terbentang..
Seribu sinar bahagia..
Cuma mungkin belum  tikanya lagi..

Tidak akan lupakan apa yang berlaku walau selama mana
masa yang diambil untuk memadam detik berkenaan.
Sedikit sebanyak, ia masih terlintas di fikiran kerana 
perkara itulah menjadikan siapa diri pada hari ini..

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa 
dengan orang yang salah sebelum menemui
insan yang betul
kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan
hikmah disebalik pemberian tersebut. 

Don't repeat what you have 
done wrong in the past

Don't dream what you are going 
to get in the future

Try to hold your present time
and grap at any good opportunity at hand.
 
 Janganlah  ratapi pada ketentuan ini
Pohonlah petunjuk agar tenang dihati
bersyukurlah,sabarlah dan redha
kita dicuba dan diuji kesakitan ,ketakutan.

Kalam Loh Mahfuz mencatat
Dan sesudah mencatat
Lagi mencatat
Segala doa dan ikhtiar
tidak akan dapat memadamkan catatan Ilahi
Biarpon hanya sekerat baris
Pun seberapa banyak air mata
Sepatah pun tidak akan terhakis
Catatah ALLAH yang Maha Menyayangi.



28 Zulhijjah 1435
Nota Hati
mencari cintaMU dihatiku.

Tuesday, October 14, 2014

Words have power to motivate, change & inspire..........

Assalammualaikum w.b.t

Masih ingat bicara Ustazah Rahimah adakala ALLAH bagi kita musibah yang besar dalam kehidupan supaya kita dapat mengenal ilmu tassawuf.


"Cintailah seseorang dengan sederhana, boleh jadi engkau akan membencinya pada suatu ketika. Dan bencilah orang yang engkau benci dengan sederhana, boleh jadi engkau akan mengasihinya pada suatu ketika." (HR At-Tarmuzi). Hadis ini mengingatkan bahawa jika kita mencintai seseorang jangan berlebihan, demikian sebaliknya.

Saya pernah ungkapkan ayat ini pada ex bos saya dulu ketika penerimaan seseorang. Mesti bersebab.

Think positif. Akhirnya siapa sangka dia mampu mengubah diri.
Adakala orang yang pakai jeans lebih baik daripada kita yang berpakaian sunnah.
Adakala orang yang pakai jeans ni lebih dermawan daripada kita.

ALLAH mahu kenal apa itu redha. 




Dikala terasa putaran hidup ini dibawah, ada sesuatu yang mengetuk minda.

Peristiwa semalam masih segar. Longlai dan tidak bermaya untuk teruskan perjuangan hari ini. Istiqamah dan terus mencari kelemahan diri.

Ketika menunggu anak-anak buah membuat GR&R.

Lama benar tidak menerjah yahoo email. Masuk tersangkut ..

Masuk lagi tersangkut..password tidak ingat.

Memoriku rupanya semakin merundum. Reset password.

Ketika menyemak inbox satu persatu..

Terasa seperti tangan hulurkan untuk menyelamatkan ku.

Terasa seperti pelampung dilambung kearahku.

Ayat-ayat motivasi menerjah masuk..

Ya ALLAH,

Begitu luar  biasa rahmatMU..



Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa



Sunday, September 21, 2014

Hadiah yang kreatif dan menguntungkan.......

Assalammualaikum w.b.t

Dulu masa umur 23 tahun masa pergi kenduri kawan-kawan ingat lagi mesti cari set glass. Zaman tuh kalau set glass harga RM 30 pon kira mahal dah jika nak dibandingkan sekarang.

Tahun 2009 sebelum berpindah ke balik menetap ke kampung,dah ada bunga-bunga..dah start hadiah telekung untuk sahabat-sahabat yang terdekat.

So sweet bila depa kata "kalau sembahyang mesti ingat dengan hang dan doakan tuk hang".

Musa anak angkat abah merangkap adik angkat  juga pernah berkata.

"Jika kak nak hadiah dekat orang, baik kak hadiah sesuatu yang boleh menguntungkan kak".

Sekarang ni musim kenduri so mana-mana yang dok masih penin lalat dok cari hadiah boleh fikirkan hadiah-hadiah berikut. Mungkin boleh present juga tuk hari lahir or hadiah perpisahan.


1. Ayat-ayat Al-Quran- Perhiasan dinding.
 Untuk pengantin baru, mesti diaorang akan move masuk rumah baru. So nice jika ada ayat-ayat Al-Quran.


2.Cermin.
Ni favourite hadiah coz cermin  bila someone tu tengok cermin dia akan tengok diri dia balik..

Cermin wajid ada terutama wanita cukup suka bila ada cermin tambahan cermin yang boleh nampak dari atas ke bawah.



3.Sejadah
Bila masa kenduri atau akad nikah, hantaran selalunya satu untuk wanita dan satu untuk lelaki. Jarang kita tengok ada dua set or tiga set.Sejadah ni hadiah yang sukar tuk lupus.

Buktinya sekarang travel mesti bawah sejadah yang dapat hadiah tajwid ..masa tu umur 12 thn..bayangkanlah bapa lama dok usung sejadah tu...

4.Telekung
Selalunya mesti pengantin lelaki akan bagi satu set dekat pengantin perempuan. Tapi aku ada bagi jugak tuk bos aku sekali sejadah besar tok imam.

Telekung ni ada high sentimental value. Selalu hadiah kat adik beradik dan kawan-kawan.Tiap-tiap tahun raya tak bagi kain sut, baju mahupon tudung dekat adik beradik tetapi bagi telekung. Sebab selalu orang cari baju raya..tudung raya ..jarang orang cari telekung raya......
 
Suatu hari ada pass telekung lama wakaf punya dekat seorang anak buah aku.

Begitu seronok anak buah aku.
"Terima kasih cik, terima kasih cik..moga ALLAH merahmati cik."

Nota: Telekung lama...bukan telekung baru.


5.Papan Rehal.
Ni pon ada sentimental value...sebab selagi anai-anai tak makan..selagi tu tak reput..Dulu masa kecik-kecik mana ada pernah tengok papan rehal macam ni..

Latest present from me:

Sekarang ni zaman tak macam dulu..Masukkan dalam beg.Habis cerita..tak perlu bungkus bagai .



 
 
  
Ni lagi maleh nak tulis..pin je.

6. Tasbih
   Tasbih dan me berpisah tiada.
   Sekarang duk search tasbih..mahal dekat Malaysia..Kalau tau dulu borong siap-siap dekat Mekah..Lawa pon lawa..Kalau hadiah 10 urat ok la..tetapi kalau masuk 50-100 kena search..search..
Dulu travelling beli FM and keychain...lani dah tukar cari tasbih.


Selalu kita buat simpanan ASB dan Tabung Haji, tetapi bila kita mati..wang itu akan dapat dekat waris kita...bila kita bagi hadiah-hadiah sebegini...selama mana mereka menggunakannya...selagi itu bonus itu akan masuk dalam saham akhirat.


***********
Sesiapa yang berminat untuk wakaf telekung,sejadah, al-quran,papan rehal, buku-buku agama mahupon wang ringgit di Masjid Al-Fateh Kedah..
Anda boleh kirimkan wang or drop item dan saya sedia membantu...
email:
ikeda8201@yahoo.com.

Renung-renungkan dan selamat beramal. 
 SEDEKAH YANG KREATIF..
 
1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.

2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.

3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

10. Sebarkan msg ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain. seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.