Sunday, March 12, 2017

Sel@ngkah ke Pentas Kental

Assalammualaikum w.b.t


Apabila kita membuat sesuatu keputusan maka dengan rela hati kita juga bersedia melakukan pengorbanan.
Alhamdulillah azam tertangguh terus digapai dipenghujung waktu dan usia.

Sesungguhnya aku beruntung kerana terpilih dan dipilih.
Bermula titik permulaan apabila satu ketika sahabat-sahabat yang sama-sama membuat permohonan ePJJ  5  tahun yang lalu telah graduate. Terasa masa begitu pantas berlalu. Tersentak dari lamunan dan angan-angan. Awat la xminta lain masa permohonan gagal.Sia-sia flash back.

Berbekal sisa semangat yang masih terkontang kanting.Bermula kehidupan penuh kental. Kental menhadapi cabaran. Maklumlah swasta memang jauh layanan daripada gomen. Perjalanan yang ranjau.

Dikala orang lain sibuk dengan ulangkaji..aku sibuk di press M11.
Hari first day exam jam 9.00pagi.Balik keja 1.00pg..tupon bos suruh balik 3.00pagi...Abis exam xda celebrate..ko masuk la keja balik..Cuti ulangkaji & cuti khas memang mimpila kecuali cuti exam.

Hopefully semangat terus subur sebab perjalanan masih panjang dan berliku. Tapi happy sebab bermula di sini develop myself. Keja bapa tahun mana pernah present dalam omputih. Ni ambik ko..

Sesungguhnya Ya ALLAH aku amat berharap terhadap sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.Amin.

Kawan-kawan doakan makda ~











No comments:

Post a Comment