Sunday, October 27, 2013

Lagi Pemikiran Primitif

Assalammualaikum w.b.t

Sebelum bercuti ada satu meeting dan bos baru saya ada bercakap
" Seorang CEO dari US datang melawat tempat kita, pertama kali yang dilihatnya adalah tandas. Apabila melihat tandas maka ia menggambarkan tingkahlaku dalaman pekerja-pekerja di sini."

Jika tandas perempuan memang penuh dengan tisu-tisu. Waima ada nota di depan cermin namun ia hanya seperti mencurah air di daun keladi.

Semalam saya ada menolong Abah hantar tebu untuk diproses di salah sebuah kampung di sini. Memandangkan matahari terpacak di atas kepala saya escot Abah dan menawarkan diri untuk tunggu tebu siap di proses.

Apabila sampai di rumah tersebut, saya melihat sebuah kereta keluaran perodua dan proton tersadai di garaj rumah.

Di halaman rumah tersadai kasut-kasut bola. Bergantungan macam pasar pagi..Mungkin anaknya adalah pemain bola.

Di dalam rumah,lalat penuh di dapur. Saya melihat penuh pengertian juga peringatan untuk diri saya.

Pada pemikiran saya, anak-anak zaman sekarang hanya tahu bergaya dengan kereta. Kenapa tidak si anak membeli satu almari untuk simpan kasut-kasut bola. 

Mungkin sekarang musim lalat, kenapa si anak tidak membeli gam lalat untuk mengurangkan lalat-lalat tersebut.

Pakaian si anak perempuan membuatkan saya berfikir, ingatkan Kuala Lumpur sahaja orang pakai macam ni tetapi di kawasan kampung di tempat saya pon ada. Jika saya yang perempuan ini berasa malu melihatnya, tidakkah si Ayah tidak terasa untuk menegur.

Petang saya singgah di rumah saudara saya untuk hantar air tebu. Di fb ayat-ayat Islamik tetapi di rumah macam tongkang pecah. Sedasat-dasat saya dasat lagi orang lain. Sebab mereka boleh tengok. Istigfar panjang. Moga saya dijauhkan dari penyakit ini.

Anak-anak,kamu belajar tinggi dan kerja hebat belaka. Boleh berfikir logik. Janganlah di rumah semua hendak harap ibu bapa sahaja. Buka minda. Jika di dalam kereta, kamu mahu sentiasa kemas, rumah juga mesti begitu. Ingatlah rumahku syurgaku.

Bagi yang perempuan, jika datang kerja bermekap macam artis, pakaian macam cikgu..Mekap juga rumah itu biar nampak cantik, sedap mata memandang..bersih. 

P/S; Saya bukan Joyah sport tetapi mak selalu meleteri saya sebab tak nak saya tergolong macam mereka. Terima kasih mak.







No comments:

Post a Comment