Friday, August 16, 2013

Apa yang kita tak nampak depan mata...........

Assalammualaikum w.b.t..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Ilham ini datang tetiba. 
Dua tiga hari bila pijak lantai, hati sudah berbicara sesuatu dan satu tika..

Mereka : Kak surau ini berbau la depa..
Kak    : Kenapa perlu kita bising orang bukan Islam cuci surau ini?
         Kenapa kita tak bising pada orang Islam yang tak pandai menjaga kebersihan surau ini? Kita sendiri pon boleh tengok dengan mata ja..Tak da pon rasa nak menyapu surau ni.Depa tolong cuci pon cukup bagus.Kalau tak, tak nampak rupa surau ni.Islam kan bersih. Tetapi sayang tempat ibadah kita sampai orang bukan Islam tegur tentang kebersihannya.

Kita bising-bising dan terasa terhina dengan penggunaan surau oleh orang bukan Islam bagi tujuan ibadah.
Kita nampak apa berlaku di luar sana tetapi kita tak nampak apa yang berlaku depan mata.Cuba sekarang tengok balik surau-surau dan masjid-masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal anda atau tempat kerja anda. 
Kadang-kadang nama surau tempat ibadah tetapi orang Islam jadikan tempat riadah.Berapa ramai yang betul-betul masuk surau untuk tujuan ibadah? Banyak tidur jemaah dari solat jemaah. Tidor tak kira waktu orang solat.Dah la tak solat,pastu tak hormat orang nak solat.

Berapa banyak saf kat masjid penuh dengan jemaah? Sedangkan pada bulan Ramadhan, bulan seribu rahmat itupon hanya tiga  saf untuk waktu Isyak dan tinggal 1 saf sahaja untuk terawih dua puluh rakaat. Jika kita sendiri pon berat kaki untuk pergi ke masjid atau surau, binalah masjid 2 juta, 5 juta, 10 juta pon tiada makna jika isinya kosong. Harap bilal dan tok imam jadi penunggu setia. Nak tengok masjid penuh hanya masa sembahyang raya Aidilfitri.Tu pon kita nak bangga dengan surau dan masjid yang tersergam indah tanpa isi?


Kita protes dan terasa hina dengan video orang Islam yang memegang anjing..kelakuannya seolah-olah menghina Islam bicara kita..
Kita tengok balik depan mata kita.
Hisap rokok keluar fatwa lagi kata haram. Tetapi kita juga tak endah sebab dah jadi perkara biasa. Haram hukumnya tetap haram. Kenapa Islam kata haram? Sebab ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Kita kata bengong apabila calon-calon ratu cantik yang mempertikaikan fatwa. Kita tengok balik...Larangan memasuki ratu cantik adalah untuk mengelakkan kita daripada memperagakan tubuh badan pada orang ramai. Hukum tidak menutup aurat.Tengok depan mata...kita tak kata bengong pada sahabat-sahabat dan adik beradik kita yang berpakaian dan berkerudung tetapi hakikatnya............Sayang ramai tahu aurat tetapi tidak tahu makna aurat.Sayang cantik berkerudung tetapi berlengan 3 suku...Tengok balik mak-mak kita yang keluar rumah hanya anak tudung dan baju t-shirt lengan pendek sahaja. Tengok balik aurat antara ipar duai. Walaupon hanya sejengkal pakaian kita tidak menutupi  tetap jatuh tidak menutup aurat. Kita tidak bising sebab ini perkara biasa. 

Kita boleh beli novel dua tiga buah sekali tetapi kita tak rasa nak beli terjemahan Al-Quran.Kita boleh khatam novel tiga kali sehari tetapi tak boleh nak habiskan 1 juz sehari. Kita boleh ingat nama watak-watak tetapi tak boleh ingat kisah dalam Al-Quran. Kekadang kita beli Al-Quran kita buat perhiasan sahaja sampai berdebu.Bicara kita tunggu hidayah sampai.

Kita pergi supermarket kita belanja RM 150 tak ingat dunia,tapi bila untuk tabung derma,nak bagi RM 10 kita terfikir banyak kali. RM 10 sekali kita terasa sangat berat berbanding RM 1. Jika seorang derma RM 1 dari kelompok setempat secara tetap, pasti tok imam tak perlu membuat pengumuman kita perlukan dana...sekian..sekian...Bayang sepuluh orang bayar RM 30  sebulan secara tetap,dah lepas untuk bil-bil elektrik dan air. Bantu sekolah-sekolah agama persendirian. Bantu produk keluaran Islam. Kenduri zaman sekarang samada sedar atau tidak kita selalu dapat gula-gula. Kenapa gula-gula itu tidak digantikan saja dengan kuih tradisional.Jika RM 50 kita beli..sekiranya 10 orang terlibat dengan kenduri, tidakkah kita sumbang RM 500 untuk industri kita?

Kita mempunyai masa 24 jam. Ada masa memancing. Ada masa bermain badminton, tetapi kita tiada masa sejam  sehari untuk melihat  Fardu Ain anak kita. Untuk semak balik bacaan Iqra anak kita. Kita serahkan bulat-bulat pada orang yang mengajar. Maka tidak hairan ak-anak kita lebih kenal mak ultraman sampai la abang-abang ultraman daripada kenal alif ba ta dan sirah Nabi Muhammad SAW.

Kita sedih..melihat umat Islam di bumi Mesir bermandi dengan darah. Mereka mati syahid dan syurgalah yang menanti. Kita tak sedih melihat adik-beradik dan saudara-saudara kita depan mata yang belum tentu lagi syurga yang menunggu.

Sesama muhasabah.Buat pedoman diri.






No comments:

Post a Comment