Saturday, July 7, 2012

Masih Diberi Peluang

Assalammualakum..
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk kali kedua.
Aku seperti tidak percaya dan trauma seketika akan kejadian sebentar tadi..kerana ia bersangkut paut dengan mimpiku..

Satu hari ku bermimpi dalam jangka masa yang panjang..dari pagi sehingga petang....sehingga ku rasakan ia benar-benar berlaku.Menjadi roh melihat diri sendiri kemalangan..jasadku sudah tidak bernyawa...satu paparan muncul dan muncul sehingga ku rasakan ia adalah realiti..sehingga jasadku di bawa masuk ke dalam kubur..dan ku ketakutan di dalam kubur..keseorangan...terasa sangat-sangat pabila seorang demi seorang melangkah pergi..Ku rasa tidak bersedia untuk disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir..terasa sangat kerdil..ketika itu hatiku terdetik " Ya ALLAH sekiranya ku diberi peluang ke dunia..pasti akan tebus semua".Terus ku terjaga...

Hari ini...kalau benda nak jadi..maka jadilah..tidak boleh persoalkan..seperti biasa ku memandu,keadaan lalulintas agak perlahan..pengalaman dahulu menjadikan ku tidak  mengikuti rapat kereta di hadapan..ada manusia yang tidak bertanggugjawap..atau tidak tahu fungsi lampu signal..Ku mungkin sempat break tetapi tidak orang lain..Rempuhan kuat membuatkan ku gaman..Gaman seolah-olah diri dibawa naik ke langit...Terdetik hati dua saat sebelum itu.."mujur sempat break",bila kenderaan mula bergerak...Ya ALLAH..Ya Tuhanku ku menjerit...
Adakah mimpiku menjadi realiti..??? Tangan pantas mengangkat brek tangan...tali pinggang menjadi penyelamat...Mujur tiada kenderaaan yang datang dari arah bertentangan..Mak kata " ALLAH bagi peluang sekali lagi" maka sentiasa ingatlah Dia..dan sentiasa ingatlah mati...INSYAALLAH..

Ketika membuat laporan..."Encik .......????? lesen saya expired...huhu..masih lagi diberi peluang untuk esok hari..




No comments:

Post a Comment