Thursday, July 5, 2012

Lambaian Ramadhan

Assalammualaikum...
Suka dengan tajuk malam ini...lambaian ramadhan..seperti angin lalu membawa sapaan..namun seperti kita melihat parut,pasti ada cerita dibaliknya..

Dalam mengosongkan segala yang ada..tetiba sesuatu di luar jangkaan..dan mengapa aku?Ada dua tiga perkara berlaku serentak membuatkan minda ku ligat bekerja keras..namun malam ini ku temui jawapan..Alhamdulillah...mohon sentiasa sedar akan kedudukan diri.

Seperti aku memegang salah satu watak di dalam cerita Iskthirah Sang Perindu..apa yang ku baca..dan ku lalui.Bagaimana ia datang ku tak pasti..bagaimana tercipta rangkaian jemaah..yang pasti bukan ku mencarinya...Amanah tetap amanah..Kebenaran seperti air yang mengalir..tetap mengalir jua..Biar apa pon pendapat mereka yang pasti ku sekadar advisor tidak bertauliah..cuba menghulurkan tangan..namun terpulang pada diri..biar perbuatan seiring dengan bicara..dan bukan hanya bicara semata-mata..

Pesanan teman.."berdiam diri adalah jalan penyelesaian terbaik"..closed bukan maksud mengelak..jua bukan bermaksud diri salah..cuma isu hari ini,ku tidak akan bercakap lagi untuk esok hari..cerita hari ini..cerita esok adalah esok..ku tidak akan panjangkan perkara-perkara yang boleh ku bertolak ansur.Sekiranya ku memulakan..biar la ku mengakhiri..hidup ini tidak pernah sunyi dari berbahas..

Esok ku akan pergi ke suatu tempat di mana ia bermula..InsyaALLAH..semuanya akan baik-baik sahaja..Walaupon catatan hari pertama tidak berapa baik.Terlepas Asar kerana kesibukan dunia namun malam ini adalah permulaannya..Mohon menjadi hambamu yang lebih baik dari sebelum ini..Pegangilah aku...berkasih sayang dan mencintaiMU itu yang terbaik...hanya KAU tempat ku mengadu..pasti ada hikmah dalam setiap aturanMU...

Ya ALLAH..jika aku melukakan hati orang lain,berikan aku kekuatan untuk memohon maaf..jika orang lain melukakan hati ku..berikan ku kekuatan untuk memberi kemaafan....




No comments:

Post a Comment