Saturday, April 30, 2011

Selamat Hari Pekerja

Kira 1 Mei hari cuti yang bertuah coz makde off esok hari..
Pembuka calendar 2011 untuk cuti umum..
Telinga makde menangkap  sesuatu pabila mendengar pengumuman bahawa Malaysia akan menjadi salah satu negara yang mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi.
Pada masa yang sama menuntut bahawa pendapatan rakyat khususnya pekerja swasta dinaiktaraf pada tahap minimum RM900.

Alangkah bertuahnya jika ia menjadi realiti..Memandangkan Cuepacs rancak memperjuangkan hak-hak kakitangan kerajaan.Adil rasanya jika kakitangan swasta mendapat layanan yang sama kerna merekalah tulang belakang utama dalam menjana pendapatan negara.

Siapa yang akan berjuang menuntut hak-hak kami?..Apa bezanya kami dengan kakitangan kerajaan? Mengapa ada jurang antara kakitangan swasta dengan kakitangan kerajaaan? Agak terkilan dimana kakitangan swasta TIDAK boleh merasai kelebihan kakitangan kerajaan.

Melihat dari sudut gaji basic..gaji pekerja swasta masih jauh dengan perbelanjaan yang kian meningkat..siapa yang akan memperjuangkan hak mereka? Bekerja 12 jam sehari dengan keadaan berdiri adalah wajar mereka menikmati sepadan dengan kerja mereka.RM 450 tanpa elaun cola..dan tanpa elaun perumahan..tidak terfikirkah mereka disana???

Siapa kami untuk memohon pinjaman?? HANYA berstatus swasta..MAKA semua urusan tidak dapat diproses..Begitu juga dengan program perumahan yang hanya menjurus kepada kakitangan awam sahaja..

Siapa kami??? Mengapa kami dipinggirkan...Siapa yang akan mendengar suara kami??


No comments:

Post a Comment