Saturday, April 2, 2011

Kedamaian di Madinah dan Keajaiban di Bumi Mekah

Walaupun da time tido..
tapi malam ni makde nak share..
mengingati terasa lapang dada..

Dari atas kapal terbang..
SubhanaALLAH...
minda berputar..
mata melihat..
terpegun..
terpesona..
Indahnya ciptaanNYA..

Madinah adalah ibu kota Islam yang pertama...Dari sinilah Islam tersebar di seluruh pelosok dunia..Ia adalah negeri  terakhir  yang akan binasa bila hari kiamat..

Menjejaki kaki di Madinah..
Terasa damai..
Melihat hasil seni bina Islam di Masjid Nabawi..
Melihat kubah terbuka di waktu malam..
Melihat langit yang terbentang luas
bintang-bintang berkerlipan..
betapa hebatnya seni bina Islam pada zaman dahulu.
tetapi ada rahsia di sebalik rahsia..

Manusia tanpa mengenal pangkat,warna kulit dan bangsa
Bersatu dibawah jemputanNya..
Membuktikan  bahawa kita  semua sama sahaja..

Tandas dua tingkat yang dilengkapi escalator membuka mataku.
kemudahaan untuk jemaah yang berusia ..
kemudahaan untuk jemaah yang tidak berupaya..
pertama kali melihat tempat wuduk yang ada tempat duduk..
SubhanaALLAH..
Bersih dan sedap mata memandang..

Tempat yang menjadi perhatian jemaah adalah Raudah.
Raudah adalah satu kebun daripada kebun syurga. Mimbar Nabi s.a.w akan diletakkan di atas satu terusan daripada terusan-terusan syurga.
keajaiban satu peristiwa demi satu peristiwa...Ya ALLAH..Engkau Maha Berkuasa di atas tiap2 sesuatu yang berlaku..Teringat kenangan bersama dikya,bena,k.yang dan mak...bersatu itu teguh..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..menjaga perasaan sesama manusia..ada cerita dibalik cerita..

Bukit Uhud adalah satu bukit daripada bukit-bukit syurga...Tenpat bersemadinya pejuang2 Islam yang mati syahid dalam peperangan Uhud..di sini habbatus sauda senang didapati..

Dan Tamar Ajwah..adalah tamar dari syurga..bertuah kita boleh merasainya..

Tiada kata..tiada ungkapan..bagi pandangan makda...biarlah kamu merasai sendiri..
biarlah kamu melihat sendiri..Syukur sangat2..melihat kekuasaan ALLAH s.w.t

Diibarat kita pulang ke kampung halaman...mengenal asal usul Islam..
mengenal asal usul diri kita...siapa kita...melawat tempat-tempat bersejarah...

Bateri makda koi low..tu tanda tired..nanti kelapangan makda continue..

No comments:

Post a Comment