Sunday, March 24, 2013

Hasrat


Hasrat saya mungkin terlalu tinggi menurut seorang sahabat ,namun semasa saya menyuarakan pada Abah semasa dalam flight, Abah setuju.Alhamdulillah..naluri saya kuat mahukan Abah....mungkin Abah boleh bersedia dari sekarang..:) 

Hasrat kedua ramai cakap saya memilih namun Islam kata saya berhak memilih yang sekufu dengan saya. Sesorang yang boleh menjadi imam saya dan membimbing saya ke jalan syurga bukan
seseorang yang membawa saya ke jalan di sebaliknya. Ramai yang mahu membantu saya namun bila  saya sebut syarat1...semua diam.

Hasrat ketiga..setakat ini sungguh saya belum menjumpai mana-mana lelaki yang benar2 ikut adat orang-orang lama..mungkin fikiran saya masih kuno atau cara itu masih tidak boleh diterima pakai atau tidak relevan di zaman yang serba canggih ini..meminta izin dari orang tua saya. Mungkin saya tidak bertuah seperti sahabat saya:)



Hasrat keempat..banyak sungguh hasrat saya...huhu..namun paling
 penting seeorang itu menghargai kedua orang tuanya..dan menerima orang tua saya seadanya...

Syarat 1: Seseorang itu mestilah solat 5 waktu sehari. Sebijak-bijak manusia jika tidak solat 5 waktu dia adalah manusia yang bodoh dan rugi namun inilah permata yang sukar di cari..




Friday, February 15, 2013

Amarah Sijil Tahap 4

Assalammualaikum w.b.t

Semalam sejarah tercipta. Puas terluah segala-galanya sehingga hari ini saya sudah tiada "word".

Saya sudah hilang respect. Sekarang jika saya tidak suka, saya boleh angkat kaki 24 jam tetapi seperti senior saya kata, selama ini boleh bertahan 3 tahun kenapa tidak boleh bersabar untuk yang ini?

Bos saya kata, kamu pendam terlalu lama sehingga hari ini ia "pop out" dan saya yang menjadi mangsa untuk kamu lepaskan geram kamu.

Saya bekerja hampir 10 tahun rasa ini kali pertama saya "menggila", abis kata-kata nista terpacul. Gara-gara satu perkara iaitu rearrange tugasan untuk masukkan tugasan fix baru.

"Bukan hari-hari kamu buatkan", kadang-kadang.
Takkan hari-hari kamu certified,
Boleh kamu brief 30 minit kemudian kamu audit 30 min..

Kadang-kadang ka
Jarang-jarang ka
Selalu ka
Ia tetap tugas saya.
Tak perlu kamu ambil tahu sejam itu saya buat apa, sejam ini saya buat apa.
Kamu buat dulu baru saya akan follow kamu..
Saya nak tengok kamu train,briefing, revise WI dan Audit.
Tak perlu kamu mengajar saya.

Memang habis bara, sebelum ni kata nak singkirkan Audit, tetapi semalam bos besar cakap lain. jika Process Audit fail, kamu akan dapat IN...memang patot saya marah...memang patot. Saya auditor, bukan kerja saya untuk pastikan line 100 %. Jika team saya fail, saya mahu management take over, apa sumbangan management  untuk bantu team saya. Saya Auditor bukan Owner.

Owner cakap previous certification tak valid. Wah bukan main lagi. Sehingga hari ini saya tak nampak jadual mereka. Jika benar tak valid, send dekat training department jangan hanya tahu cakap saja. Look all certification set reset. Now double job to make new checklist and certification. Siapa yang mahu ambil tanggungjawab ini?

GR &R and refresher fixed everyday for 1 hour. Cut for OT. Boleh ke owner commit?
Sebelum ni bukan main lagi kata boleh buat time off.

Kerana hal-hal begini patutkah saya move? Tetapi selalu orang cakap setiap jalan ada penyelesaian. Cuma takot kepala bos besar ditelangkup dengan shell baru ada akal.

Saya cuba sedaya upaya untuk menahan marah namun tetap meletus. Saya cuba dengar nasihat mak saya  Jika saya dah gerak gempur maka ia akan jadi perjuangan. Tak kira gaji saya increase atau tidak, saya hanya mahukan environment kerja yang selesa.

Mungkin benar mak cakap,kadang-kadang ALLAH nak uji kita...ALLAH nak tengok kita pass atau tidak, ALLAH nak kita berdoa kepada dia. ALLAH nak kita bangun tengah malam minta pada Dia. Bertuah kerana kita terpilih untuk ujian ini. Nikmatnya adalah apabila kita berjaya mengharungi cabaran kita akan tersenyum. Cuma bagaimana cara untuk mengawal amarah...........ia mudah sangat meletus seperti mancis dinyalakan pada sumbunya.Walaupon istighfar, syaitan berjaya juga merasuk dalam hati.


Friday, February 1, 2013

Mudahkan jangan susahkan

Assalammualaikum w.b.t.

Semalam bila bos tanya,

Bos: kamu ada komen ada apa-apa tak?
Saya: tak ada
Bos: Betul xda? 
Saya: Ya sambil menggeleng kepala.
Bos: Kamu sebagai "pelatih" sepatutnya "bercakap"
Saya:  Dengan suara bergetar, dari dulu sampai sekarang bila saya train, saya brief tetapi operator ambil jalan mudah bila bos tanya samada jawapan "tidak tahu" atau "trainer tak train". Dalam hati macam mana rakan partner saya berputus asa, begitu juga dengan saya. Down.


Saya balik kerja,sunat semua saya tinggalkan kerana memikirkan hal ini. Yang wajib ja saya buat, saya mesej advisor saya tanya bila balik kampung? Doa selepas solat pendek sahaja, selebihnya saya termenung di tikar sejadah.Tanpa disedari butir-butir jernih laju membasahi pipi. Adakah aku tidak layak jadi "pelatih'? Adakah aku perlu beralih arah?Hati berkata minggu depan nak jadi apa pon, jadi lah..Hati berkata Ya ALLAH, gerakkan aku bangun..

Namun, Subuh matahari sudah tinggi,Ya ALLAH,ampunkan hambamu ini! Bersiap-siap saya ke kedai buku. Buku adalah sahabat yang terbaik. Ketika memandu kereta, saya memandang awan.."Marahkah aku pada ALLAH?"


Hajat di hati hanya mahu membeli dua buah,walaupon saya membawa sekeping not 50 sahaja.Tiba di kedai buku tersebut, empat buah jadi taruhan, sekeping not tidak cukup, maka sekeping kad menjadi mangsa. 

Ketika pulang, saya membaca buku Mudahkan jangan susahkan, sedihnya bila baca cerita gado-gado. 

" Saya pernah bertanya, mengapa aku Ya ALLAH? mengapa aku!Mengapa aku cover 5 shift? 

Tetapi aku pernah tidak bertanya
"Mengapa dikalangan 5 orang, aku terpilih boleh berdiri atas kaki sendiri, mengapa dikalangan 200 orang aku terpilih melihat panaroma dan keindahanMU di puncak KK,mengapa dikalangan 500 orang aku terpilih untuk menjadi tetamu ya ALLAH. Mengapa dikalangan puluhan orang,aku terpilih menjadi pelatih. Mengapa dikalangan 6 orang aku terpilih menjaga produk yang kritikal. Mengapa aku tidak pernah bertanya ya ALLAH? jika aku di dalam kesenangan.

Ya ALLAH bantulah aku mengingatiMU
Ya ALLAH bantulah aku mensyukuri nikmaMU
Ya ALLAH bantulah aku memperbaiki ibadah kepadaMU................

 





Friday, January 25, 2013

Kerja adalah ibadah yang dituntut di sana nanti.

Assalammualaikum w.b.t
Salam Maulidul Rasul..Alhamdulillah segala puji pujian bagi ALLAH Tuhan  yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan selawat ke atas Nabi kita Rasulullah SAW. Bercakap soal Rasullullah SAW semua mengenali tetapi sejauh mana kita berusaha untuk mencapai redha dan syafaatnya di sana nanti.

Pagi yang sejuk kerana hujan turun membasahi bumi. Pasti pokok-pokok makhluk yang paling gembira diatas anugerah ALLAH ini. Sahabat baik saya pernah berbicara.

Tahukah kita ibadah apa yang paling lama kita buat dalam hidup kita seharian?

Kerja ialah ibadah yang paling lama kita peruntukan kerana dalam kehidupan kita seharian boleh dikatakan purata 8-12 jam kita habiskan waktu untuk hal ini.
Solat lima waktu kita   peruntukan dalam purata 1-2 jam sehari sahaja.
Namun sejauh mana kita menjaga kerja  dalam kehidupan seharian?

Sahabat juga berbicara.
Kita  boleh luangkan 1-2 jam untuk mengangkat material berat namun kita tidak boleh luangkan 5-10 minit untuk rekod.  Rekod adalah proven kerja kita. Begitu dalam kelas,kita boleh luang 10 jam sehari namun kita tak boleh luangkan 20-40  minit untuk marking dan signature. Adakah kita sudah memenuhi tuntutan kerja? Pada siapakah kita berharap akan menyambung kerja kita?

Sejauh mana kita menganggap kerja itu ibadah? Jika ALLAH bertanya hai si fulan binti si fulan, adakah kamu sudah melaksanakan  apa yang di amanahkan kepada kamu dengan sempurna? Saya pasti semua mengigil-gigil  dan pasti menyudahi pekerjaaan itu dengan sebaik-baiknya.. Dalam hati kita tiada perasaan takut pada ALLAH, maka kita tidak berasa apa-apa. " Ada aku kisah?", "  Sekarang  bukan  aku yang jaga, lagipon nanti bukan aku yang kena."  " Janji aku buat".

Apa tujuan kita bekerja?
Tujuan kita berkerja adalah untuk mencari rezeki yang  berkat dari ALLAH. Adakah rezeki kita berkat seandainya perkerjaan yang kita lakukan itu alai balai? Adakah berkat sekiranya ia mengundang masalah kepada kawan kita?

Sedalam mana hati kita mengatakan apa yang aku lakukan ini adalah ibadah semata-mata kerana ALLAH?
Seperti Ustaz Don kata, saya tahu saya manusia yang tidak sempurna, sampai kiamat pon saya belum tentu sempurna, namun saya mahu mengajak manusia ke arah kebaikan. Fikir dan fikir betul ka apa yang kita lakukan? Ini ibadah.