Saturday, April 30, 2011

Selamat Hari Pekerja

Kira 1 Mei hari cuti yang bertuah coz makde off esok hari..
Pembuka calendar 2011 untuk cuti umum..
Telinga makde menangkap  sesuatu pabila mendengar pengumuman bahawa Malaysia akan menjadi salah satu negara yang mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi.
Pada masa yang sama menuntut bahawa pendapatan rakyat khususnya pekerja swasta dinaiktaraf pada tahap minimum RM900.

Alangkah bertuahnya jika ia menjadi realiti..Memandangkan Cuepacs rancak memperjuangkan hak-hak kakitangan kerajaan.Adil rasanya jika kakitangan swasta mendapat layanan yang sama kerna merekalah tulang belakang utama dalam menjana pendapatan negara.

Siapa yang akan berjuang menuntut hak-hak kami?..Apa bezanya kami dengan kakitangan kerajaan? Mengapa ada jurang antara kakitangan swasta dengan kakitangan kerajaaan? Agak terkilan dimana kakitangan swasta TIDAK boleh merasai kelebihan kakitangan kerajaan.

Melihat dari sudut gaji basic..gaji pekerja swasta masih jauh dengan perbelanjaan yang kian meningkat..siapa yang akan memperjuangkan hak mereka? Bekerja 12 jam sehari dengan keadaan berdiri adalah wajar mereka menikmati sepadan dengan kerja mereka.RM 450 tanpa elaun cola..dan tanpa elaun perumahan..tidak terfikirkah mereka disana???

Siapa kami untuk memohon pinjaman?? HANYA berstatus swasta..MAKA semua urusan tidak dapat diproses..Begitu juga dengan program perumahan yang hanya menjurus kepada kakitangan awam sahaja..

Siapa kami??? Mengapa kami dipinggirkan...Siapa yang akan mendengar suara kami??


Monday, April 25, 2011

Tudung Express........vs Tudung Bawal

Ntah mengapa..
skrg aku addict denim..
msyb dah xmuat suar denim..
maka ku apply untuk kegunaan lain..

mayb sume kehairanan..
dan aku pon tertanya-tanya..
semenjak bila ek aku mula minat...

dan aku kagum...
kagum kepada mereka yang pandai menjahit..
kagum kepada mereka yang mencetus revolusi..
kagum kepada mereka yang memerah idea..
tabik spring ..

jika dahulu aku hanya setia pada butik itu..
tp kini aku mula mengorak langkah..
dengan kepakaran sourching aku..
ermmmmmmm
aku melihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..
banyak saingan...
seronok melihat mereka yang berjaya...
bukan senang nak berjaya..
bukan senang nak senang...

jika dahulu tudung bawal menjadi pilihan
sekarang denim memenuhi koleksi
harga setanding dengan bawal
cuma dulu aku  pesan kat membe
direct beli kat kelantan..
price berpatotan kalau nak compare
beli di sini..
denim  laa lagi canggih..
online trus...sonang cite..
cuma kena pandai source
yang mana terbaik dan terbaik price..

ari-ari nafsu tergugat.
melihat denim yang hangat.
lain dari yang lain..
walaupon ku tahan minggu depan..
alahai.....tergoda gak akhirnya..

bawal tetap menghiasi hati
coz bawal tidak lapuk dek zaman..
bestnya klu ada kemahiran menjahit..
macam-macam bole transfer dari minda..

Sunday, April 24, 2011

Memahami Hasrat

Dugaan tidak pernah sepi..
tapi kita sebagai manusia ..
yang selalu alpa dan ralit..
walaupon dikecam hebat..
hati tetap tersenyum..
sekurang-kurang apa yang terbuku disuarakan..

dalam itu mula mengenali
ermmm manusia...di depan manis berbicara..
di belakang disebaliknya..
baik pompuan laki pon sama..

baik leader pon..baik nampak pada pandangan orang..
orang tua selalu kata..
harapkan pagar ..pagar makan padi..
terbongkar satu kisah..
tetapi kenapa si dia tidak memberitahuku terus terang..
memahami hasrat anak buah ku..
terkilan sume ciptaan semata-mata..
siapalah aku untuk memperjuangkan hak nya..
sedangkan mereka dari awalan lagi..
membuangnya...
sekiranya mereka benar-benar memerlukannya..
mesti mereka bersungguh-sungguh..

kadangkala kita perlu belajar sesuatu..
apa yang dikatakan itu realiti..
selalu orang tua berpesan..
kadangkala apa kita kata itu yang memakan diri kita..
just wait dan see..
sejauh mana kebenaran itu..

rezeki itu anugerah ALLAH...
mungkin hari ini kita mempunyai kuasa..
untuk menyingkirkan orang lain..
malah kita dengan selamba mencipta cerita..
ALLAH tidak pernah lena..
zaman kegemilangan kita akan berakhir jua..
kamu akan rasai betapa pentingnya "mereka itu"
jangan kamu berharap kamu akan menjumpai diamond seperti mereka
pasti dan pasti........

ketika itu kamu tersandar..
dan saat-saat itu pasti kamu terkenang..
jasa mereka pada kamu...

Tuesday, April 19, 2011

Semakin Cantas Semakin Bertunas

Syukur
Alhamdulillah..
agak terkejut tgk
coz kira2 adalah lepas beli baju sut..

sama dengan  sumbangan itu..
satu sumbangan di bayar dgn tiap2 bulan..
satu keajaiban..

benar kata mak..
semakin kita memberi...semakin ia datang..
rezeki itu anugerah ALLAH..
bila-bila masa ia boleh tarik balik..

berapa banyak pon yang kita dapat..
jangan lupa orang yang bawah..
jangan lupa orang yang kurang bernasib baik..
kadangkala kita dikira bertuah..
kadangkala kita bernasib baik..

tetapi yang penting
jangan lupa menabung saham satu lagi..
misi aku terus berjalan..
mudah-mudahan ia terus berjalan dengan lancarnya..

semakin cantas..
semakin bertunas..

Terima kasih Ya ALLAH