Wednesday, September 3, 2014

Niat Baik

Assalammualaikum w.b.t

Jika satu hari kita berniat baik sepuluh perkara, ALLAH akan bagi pahala setiap satu niat tersebut.

Jika kita melakukan niat baik itu,maka ALLAH akan bagi lagi satu pahala untuk satu perbuatan yang kita buat.

Katakan hari ini anda berniat 20 perkara-perkara baik maka ALLAH akan bagi 20 pahala.

Seandainya anda buat 20 perkara tersebut ALLAH gandakan 20 pahala.
Mak Ti kata niat mungkin boleh jadi satu doa.

Dalam Masjid  Sultan Muhammad Al-Fateh aku ada niat 4 perkara besar untuk setakat ni.

1. Jejak Rasul di Bumi Para Anbiya
2. Jejak Masjidil Haram dan menunaikan rukun Islam yang 5.
3. Jejak Keindahan Senibina Empayar Uthmaniah
4. Jejak rumah-rumah ALLAH yang mashyur di seluruh dunia.

Setelah disahkan bahu kiri overused dan tidak dapat menanggung bebanan berat, maka keputusan di ambil untuk hentikan aktiviti hiking buat seketika. Tidak pasti samada Gunung Rinjani menjadi kenyataan atau sebaliknya. Tengok gambar Gunung Rinjani Subhanallah..mungkin sampai dengan 100% beg pada porter atau terpaksa lupakan. Tambahan kena bawa peralatan khemah untuk bermalam di check point tertentu.

Terbaca di dalam surat khabar dan paparan di dalam majalah tiga tentang Masjid Al-Aqsa seorang guru telah jejaki masjid dalam perasaan yang tidak digambarkan. Masjid Al-Aqsa adalah masjid ketiga tersuci dalam Islam.

Seandainya suatu ketika akan beralih arah,moga ALLAH buka jalan untuk landasan ini sebab minat dan berdasarkan pengalaman lalu di mana tiada bimbingan untuk warga emas.Semoga ALLAH mendengar doa dan surat cinta ku serta makbulkan permintaanku agar aku sekeluarga terpilih menjadi tetamu ALLAH dalam tempoh yang singkat. Semoga keluargaku terpilih menjadi tetamu istimewa dan keadaan kesihatan yang mengizinkan.

Ketika jejaki sejarah Sultan Muhammed Al-Fateh, secara tidak langsung hati meronta-ronta untuk mengetahui sejarah kegemilangan Islam. Rasa ada silibus pendidikan agama Islam tingkatan 4 atau 5. Seperti ada magnet untuk merasai dan melihat dengan mata sendiri akan sejarah. Sekali search ..kena menabung lagi 2 tahun.
Fasilitator ada cakap kalau kita suka sesuatu, kita akan letak samada gambar, model atau sesuatu yang bila kita buka mata, kita pandang benda tu. Istanbul. Turkey..Motivasi dan inspirasi.
Mudah-mudahan memang pakej percutian ka siapa tahu tuah kita.
 

Dulu ingat masjid untuk orang-orang veteran dan alim ja.Sekali jejak rupa-rupanya untuk kita ni dapatkan ilmu. Kita tak dapat ilmu tu kat universiti ataupon kat tempat kerja melainkan yang belajar khusus Pendidikan Islam. Kat masjid la baru kita tahu rupa-rupanya kita ni nama Islam tetapi undang-undang Islam pon kita daif.Banyak benda sebenarnya yang kita tak tahu dan kena ambil tahu.Menghadiri majlis-majlis ilmu adalah ubat ketenangan.

Bertuah sesiapa yang mengambil STAM, belajar tahfiz sejak kecil dan terus berjihad untuk ilmu agama. 
Hari ni pon niat macam-macam. Perkara yang baik bila direalisasikan hati mulalah seronok. Ya ALLAH berikanlah hambamu ini secebis keimanan untuk merasai kemanisan dalam beridah kepadaMU.Amin Ya Rabbalamin.

Jom niat malam ni
Sedekah Al-fatihah untuk kedua orang kita
Sedekah Al-fatihah untuk adik beradik kita
Sedekah Al-fatihah untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Saturday, July 26, 2014

Ramadhan akan pergi.

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini malam ke 29. Beruntunglah untuk jiwa-jiwa yang terpilih pada malam ini.

Hari ini ketika tok imam membaca doa. Tanpa disedari bahawa malam ini adalah terawih yang terakhir..

Suasana hiba menyelubungi semua anak qariah. Bergetar suara tok imam. Tersedar aku bulat anak mata.

Ramadhan, seperti magnet semua orang mengunjungi rumah ALLAH untuk terawih 20 rakaat tidak kira waktu kerja atau waktu cuti.

Adakah jiwa-jiwa ini  akan terus mengunjungi rumah ALLAH tak kira waktu kerja selepas ini untuk solat fardu Isyak 4 rakaat. Juga adakah jemaah Subuh akan seramai jemaah yang datang Qiamuallai?

Saat Ramadhan akan pergi, Marilah kita renungi adakah kita masih berpeluang untuk bersamanya lagi untuk tahun hadapan?

Ramadhan akan pergi ( Niza  YITR)-Sedih lagu ni..

Bulan Ramadhan Mulia
Menghampiri Saat Pergi
Adakah Sudah Terasa
Kemanisan Beribadah

Tertanya ku pada Diri
Puasa adakah Diterima
Ramadhan pastikan Pergi
Tinggalkan Ganjaran Suci.

Awal Ramadhan itu Rahmat
Pertengahnya Keampunan
Akhirnya adalah Terhindar
Daripada Azab Neraka.

Kurnikanlah Untukku
Keampunan dari rahmatMU
Maafkan seluruh Dosaku
Perkenankan Doa hambamu..

Saatku menghitung diri
Adakah pahala disisi..
Ramadhan Akan Pergi
Mungkinkah Bersua Kembali..

Ya ALLAH jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik dalam hidupku..
Ya ALLAH jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik dari tahun sebelumnya.

Semoga puasa,qiam, sedekah dan amal kebaikan pada bulan ini tidak terhenti setakat di sini. Moga ia terus menyuburi dalam kehidupan seharian.

Hari ini Ramadhan akan pergi..
Mungkin  aku pula akan pergi sebelum sempat bertemu dengannya lagi...



-~Aku Pengembara Sementara Di Dunia~



Thursday, June 19, 2014

Kinabalu Menggamit Kenangan.

Assalammualaikum w.b.t

Melihat seorang adik yang dapat mengarang satu cerita tentang kami adalah sesuatu yang membuka minda saya.

Saya bukan editor hebat tetapi saya cuba sampaikan cerita tentang kami dan Kinabalu dalam versi saya.

Jika dilihat pada azam baru lebaran 2014 catatan 3 January 2014,terdapat satu angan-angan bahawa saya mahu berjubah sambil memegang bendera Kedah. Pada tanggal tarikh  13 June 2014 ia seperti bermimpi pabila pada hari tersebut ia adalah tarikh realiti.

Samada kamu jejaki di sini adalah kehendak kamu sendiri atau ikutan kawan-kawan. Melihat latar belakang pendaki-pendaki lain membuatkan  rendah diri malah gerun namun hanya pada ALLAH tempat  bergantung samada cuaca, kekuatan dan semangat yang penuh keajaiban. Tiada latihan yang konsisten,apatah lagi berjalan kaki sejauh 10km..Hanya larian sekali sekala pada hari mingguan sahaja untuk bekalan asas. Stamina hanya dihujung tanduk apatah lagi kenangan musim lalu yang menghantui minda.



Hati berbisik pasti dipenghujung aku pancit..aku pancit..Seawal jam 8.30pagi pasukan kami yang dikendalikan oleh Saudara Hamydy bergerak dari Mersilau Nature Resort ke Laban Rata yang jaraknya 8km. Jika dahulu trek Timpohon 6km, dengan muatan beg 10kg...segala tenaga yang ada terpaksa dikerah sehingga meninggalkan tanda ingatan. Atas nasihat Kak Dila, untuk kali ini saya membawa bebanan 7kg + 2kg pada porter. 



Mengenangkan peristiwa lalu membuat saya mengambil langkah selamat iaitu terus menapak tanpa menoleh ke belakang. Walaupon bergerak tanpa kumpulan dalam trek hutan itu tidak membuatkan saya berputus asa. Saya tahu kelemahan saya.

Berehat seketika sahaja kemudian meneruskan perjalanan sehingga 1km terakhir adalah ujian yang berat untuk diri saya dimana  mengalami sesak nafas atau erti kata lain AMS. 600meter adalah satu jarak yang terasa amat panjang sangat. Hati sehingga memberi isyarat namun kehadiran porter-porter menyuntik semangat. "Perlahan-lahan berjalan", "Kamu mesti melawan, jangan ikut sangat". "Sikit lagi ja..sikit lagi." 

Waktu sampai di Laban Rata adalah pukul 5.00petang adalah satu pencapaian yang baik dari tahun sebelumnya. Hutan renyai-renyai menyambut ketibaanku. SubhanaALLAH..akhirnya sampai.
Malam tidur awal dan pagi sempat juga saya meminta tips dari Kak Dila tentang pernafasan. "Langkah 5 tapak, tarik nafas panjang  kemudian lepaskan.."




Tidak meletakkan sebarang sasaran namun hanya berdoa pada ALLAH. Pukul 3.00pagi bertolak ke puncak. Tips Kak Dila amat bermakna buat diri . Terus menapak tanpa menoleh...Terus berjalan dan berjalan..Tanpa segan dan silu..setiap 5 tapak akan berhenti mengambil nafas. Kehadiran Kak Dila ketika menghampiri puncak memberi semangat kepada diri  yang ketika itu amat penat sangat berperang dengan cuaca.


Mungkin diri bernasib baik dan ALLAH pilih  untuk bersama kelompok besar. Dapat mengambil gambar bersama. Mungkin orang tidak tahu tahun sebelum ni gambar  terhad maka saya membalas dendam untuk kali ini sehingga adik itu memberi teguran. Terserahlah kerna setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan cerita tersendiri.

Alah pada sejuk namun  dapat meneruskan seisi bergambar walaupon tangan dah terasa kebas..ALLAH pilih diri sekali lagi untuk berada kelompok ini. SubhanaALLAH terima kasih ALLAH.



Selepas seisi bergambar tanpa membuang masa, kami semua turun. Saya bernasib baik sebab ada seorang Ibu yang membantu dan banyak memberi tips kepada saya.Seperti biasa dipenghujung mesti saya bertanya.."jauh lagi ka", "bila nak sampai". Itu tandanya kepenatan di bawah paras maksima.




Selepas makan, semua berkemas untuk turun ke Timpohon. Turun melalui batu dan tangga adalah kelemahan saya. Maka saya perhatikan kawan-kawan saya turun. Jumping dan terus jumping..Rehat 5 minit kemudian sambung. Saya lihat semula trek yang ketika dahulu membuatkan saya menangis. Lihat tangga-tangga yang suatu ketika dahulu saya asyik merungut bila lalu tangga. Lihat kawasan-kawasan yang pernah air lintas sehingga ke paras betis. Lihat kembali kesengsaraan dan pergelutan suatu tika dahulu. Saya lihat bagaimana setianya sahabat saya menunggu saya. 

Sahabat saya diuji dengan keracunan makanan dan pastilah saya orang kecewa apabila kami tidak dapat bergambar di puncak bersama. Gerak awal bukan bermaksud mahu  menjadi juara tetapi tidak mahu menjadi penamat. Stamina saya tidak seperti orang lain yang maintain. Stamina saya pada satu tika ia akan down.

Tanpa sokongan saya tidak akan berjaya. Apa yang saya pelajari. Ujian itu sentiasa ada merentasi hidup kita namun sokongan perlu untuk kita lawan semula.

Gembira sebab ALLAH pilih saya lagi..walaupon stamina saya sekadar dipinggiran sahaja.I can!!!!

ALLAHURABBI
ALLAHURABBI
ALLAHURABBI
SUBHANALALH!!


Saturday, May 17, 2014

Pelajaran

Assalammualaikum w.b.t


Pelajaran pertama kita selalu bicara gaji tidak cukup tetapi jarang sekali kita bicara solat 5 waktu tidak cukup, puasa tidak cukup dan zakat yang tidak cukup.


Pelajaran kedua, jika seseorang tidak tahu menghargai pemberian maka tidak hairan jika dia tidak tahu berterima kasih.


Pelajaran ketiga apabila kita rapat dengan seseorang,jika ada salah yang perlu ditegur, orang itu akan kata kita tikam dari belakang.


Pelajaran keempat apabila seseorang itu sanggup membelakangkan ALLAH maka tidak hairan mereka akan sanggup membelakangkan kita.


Pelajaran kelima sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang membawa kita ke jalan ALLAH bukan yang mengambil kesempatan. Sahabat yang berani tegur di depan daripada tegur dibelakang. 


Pelajaran keenam jika ada permasalahan, sebaik-baik adalah penolong adalah ALLAH, bukan manusia yang adakala akan meneguk air yang keruh.


Pelajaran ketujuh adakala ALLAH jumpakan kita dengan orang-orang yang salah adalah bersebab dan kemudian ALLAH gantikan dengan orang-orang yang lebih baik.


Pelajaran kelapan, ALLAH bagi ujian sebenarnya ALLAH bagi peringatan sebab kita ni manusia suka alpa. 


Pelajaran kesembilan, setiap perbuatan yang kita lakukan ada pembalasannya samada cepat atau lambat. Maka jangan terlalu berasa puas hati dan seronok ketika melakukan. 
 

Pelajaran kesepuluh, apabila kita bangun dengan hanya pengharapan pada ALLAH, itulah kekuatan kita yang sebenarnya tanpa kita sedari.

Kepada Mu ku memohon keampunan dan kepadaMu juga ku memohon pertolongan.


Ya ALLAH.
Berilah kekuatan dan
cuaca yang luar biasa untuk hambamu ini.
Jadikan
Impian atau apa yang terdetik
menjadi kenyataan. Amin Ya Rabbal'alamin.