Saturday, May 3, 2014

Mecari jalan pintu syurga yang terakhir.

Assalammualaikum w.b.t


Hidup wajib beriman pada Qada dan Qadar. Setiap orang ada episod hidupnya dan episod hari ini tidak akan sama dengan episod sebelumnya. Ada yang bernasib baik ada juga yang kurang bernasib baik namun semua itu sudah tersurat dalam Loh Mahfuz.

Hari semalam adalah sejarah. Hari ini adalah hadiah. Mengapa perlu menangisi hari semalam? Apa yang berlaku adalah didikan dari ALLAH, itulah kekuatan kita sebenar. 

Mengapa perlu mengungkit setiap aturan ALLAH? Adakah itu tanda hati redha? Setiap orang pernah membuat kesilapan namun yang penting kesilapan itu diperbaiki dan kini tidak diulangi. Kita manusia yang tidak sempurna dan tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan.

Jika mereka yang dulu itu jahil dan kini kembali ke jalan ALLAH mengapa perlu diungkit kembali? Kita sepatutnya bantu dan sokong supaya mereka itu tidak tergelincir.Tidak gembirakah hati melihat orang-orang yang kita sayang kembali ke jalan ALLAH? 

Pabila hati dirobek mengapa neraka yang menjadi ungkapan? Adakah kerana kuasa veto di tangan kita? ALLAH itu Maha Pengampun, Nabi itu Pengampun dan diriwayat dalam hadis ada seorang hamba itu masuk ke dalam syurga kerana setiap malam dia  mengampunkan dosa-dosa orang.

Bicara lagi seorang Ustaz, tertutup pintu Lailatul Qadar seseorang itu kerana tidak memaafkan seseorang. 

Bukankah itu semuanya datang dari ALLAH. Hidup itu sementara. Apakah kita akan sedar apabila seseorang yang hadir dalam hidup kita kembali kepada ALLAH? Semua itu anugerah ALLAH dan tanggungjawab kita. Jika kita gagal bukan salah mereka, salah kita..Adakah itu yang kita sedia untuk jawab di sana nanti?

Jika dahulu hidup kita tidak seperti orang lain, adakah kita mahu apa yang kita alami berulang kembali kepada orang lain? Kita ada ilmu. Ilmu itu dapat mengubah segalanya. Mengapa perlu berdendam? Keraskah hati?

Hidayah ALLAH hanya untuk berlian terpilih. Hebat mana seseorang itu hebat ujianNYA. Tanya hati, sekiranya kita hidup dengan tiada nilai didikan agama, adakah kita berusaha untuk serapkan nilai-nilai itu bila kita diberi peluang? Bila kita sendiri tidak dapat merasainya adakah kita akan berusaha untuk orang lain merasainya?

Mengapa perlu melihat kehidupan orang lain, mengapa perlu melihat salah orang lain..Muhasabah.. Apa yang ada disekeliling kita hanyalah pinjaman ALLAH. Semua ALLAH akan ambil balik dan dihitung. Adakah kita hakim untuk menentukan neraka seseorang? Mengapa tidak ambil peluang yang ada untuk hidup dengan penuh kasih sayang dan aman damai sebab hidup ini singkat sahaja.  Hidup dengan bermaaf-maafan. Dan hargailah kerana mereka terpilih menjadi sebahagian dalam hidup kita. 

Sebagai orang Islam yang berilmu, tunjukkanlah yang Islam itu penuh dengan kasih sayang. Pintu taubat tidak pernah tertutup untuk hamba-hambanya. Apa yang berlaku hanya ALLAH yang Maha Mengetahui dan menjadi saksi.Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNYA.

Syurga atau neraka biarlah ALLAH yang tentukan. Maafkanlah dan mohon ampun.


No comments:

Post a Comment