Tuesday, June 14, 2011

Pujuklah Hati

· Apa agaknya status emosi kita sekarang ye ? Maybe tengah gembira yang amat sangat.. atau maybe juga tengah bersedih.. murung.. geram.. atau boleh jadi juga kita hanya rasa hambar sahaja. Macam tak ada apa-apa perasaan pun.. Hmm..

· Perasan atau tidak..sebenarnya, kita sentiasa bergelumang dengan 'rasa-rasa' seperti itu. Sekejap kita sedih, sekejap kita happy. Sekejap rasa marah, sekejap lagi kita sudah boleh tersenyum dan ketawa berdekah-dekah. Jadi ?? Apa yang nak kita hairankan ?

· Kerana itu, biar apa pun perasaan kita sekarang ini.. pujuklah hati. Perasaan itu tidak lama. Sekejap ada sekejap takde. Sekejap datang.. sekejap lagi hilang.

· Barangkali ketika ini kita sedang bersedih.. entah apa musibah yang melanda. Entah ujian mana yang menduga. Sabarlah.. ujian kan perkara biasa. Allah pun dah bagitau. Orang mukmin itu akan sentiasa diuji.. kalau tak macammana nak masuk syurga ? Mana boleh masuk free ? Allah dah pun janji nak beli dari orang beriman itu semua harta dan keluarga mereka kerana nak gantikannya dengan syurga.

· Jadi?? Sepatutnya kita gembira terima ujian. Perempuan Sufi bernama Rabiatul Adawiyah menangis merintih kalau sudah lama tidak sakit atau diuji dengan kesusahan. Bimbang sungguh dia jika Allah sudah melupakannya.


· Sebab tu, kalau ketika ini kita sedang bersedih dan menderita, pujuklah hati untuk menerima ujian itu dengan gembira. Amboihh.. sekadar cakap memanglah senang kan ? Sabar..sabar. .sabar.. Tapi realitinya, semua orang pun tau..bukan senang nak sabar..

· Hmm.. Sebab tu yang penting.. PUJUKLAH HATI. Nak menangis pun menangislah. Lepaskan semua yang terbuku dihati. Bila dah lega sikit, cuba yakinkan diri.. ujian ini tanda kasih sayang Allah pada kita. Kesedihan ni tak lama. Ada tempoh tamatnya. Lepas tu, kita pasti akan tersenyum balik dan ketawa macam biasa. Maklumlah, hidup ni kan macam roda. Kejap kat atas. Kejap kat bawah. Kejap kita sedih. Kejap lagi okeylah ..

· Macam tu jugak.. kalau ketika ini kita sedang rasa seronok bukan main, kawallah kegembiraan tu. Jangan sampai keterlaluan. Apa pun anugerah atau pencapaian yang kita dapat ketika ini, jangan lupa itu pemberian Tuhan.

 
· Jadi, disamping kegembiraan itu, sertakanlah rasa syukur kepadaNya, selain jangan lupa selitkan juga rasa malu. Malu kerana walaupun dengan dosa demi dosa yang kita buat, Allah masih sudi memberikan nikmat demi nikmat kepada kita.

Malah jangan lupa, disebalik kegembiraan yang kita kecap ketika ini, timbulkan juga sedikit rasa waspada. Adakah nikmat yang diberikan Allah ini benar-benar satu anugerah yang dihulur Allah dengan penuh kasih sayang dan hidayah... atau satu istidraj yang dicampak Allah kerana ingin kita semakin hanyut dan jauh dari petunjukNya ? Nauzubillah.



P/s: TQ kepada penulis asal.

No comments:

Post a Comment