Saturday, March 26, 2011

Tika Hati Berbicara

Bintang mula berkerlipan..
Kegelapan malam makin bertandang..
Embun mula membasahi bumi..
Sunyi dikala bulan menyinari..

Hati mula berbicara..
Cuba memahami apa yang disampaikan..
Merenung,
Menafsir,
Merungkai,
Mengerti,

bunga-bunga yang mekar kian layu..
semarak semangat kian pudar..
bicara-bicara kian membisu...
terjahan-terjahan mula berputar..
persoalan demi persoalan mula bergetar..

aku termangu bersendirian..
ligat minda bekerja..
perlahan-lahan mencari jawapan..

adakalanya aku sedar yang aku tidak layak untuk memetik dan merasainya kerna aku hanyalah perantau yang sekadar memiliki waktu yang sementara untuk berteduh dibawahnya..

pohon ini setia membiarku berteduh dibawah, tetapi ada waktu itu aku merasakan bahawa sudah tiba masanya untukku bangun semula, menapak memulakan perjalanan lain pula..

No comments:

Post a Comment