Tuesday, February 1, 2011

Cinta

Cinta adalah askara mudah ditutur,
senang dilakar namun sukar diselami.

Cinta adalah sebuah nikmat,
kerana cinta,hati rawan cerlang terhibur.

Cinta adalah sebuah ikatan
kerana cinta, penyatu hati dua insan.

Cinta adalah segunung penawar,
kerana cinta, penyembuh racun berbisa.

Cinta adalah sebuah batasan,
kerana cinta, mawar berduri subur menguntum.

Cinta adalah sebuah rembulan,
kerana cinta, penyuluh epilog kelam.

Cinta adalah sebuah mimpi,
kerana cinta, aku tersedar dari lamunan fantasi.

Cinta adalah sebuah bahtera,
kerana cinta, armada di lautan jauh belayar.

Cinta adalah sejuta kenistaaan,
kerana cinta,insah yang lemah rapuh dalam dakapan nafsu.

Cinta adalah sebidang kecelakaan,
kerana cinta, iman bertakha lebur berderai.

Cinta adalah seluas kekufuran,
kerana cinta, nilai agama terbias di dada.

Cinta adalah selebar kesengsaraan,
kerana cinta kudrat utuh layu terkulai.

Cinta adalah seribu kesakitan,
kerana cinta, hati berbunga kejam terbunuh.

Cinta adalah selaut dusta,
kerana cinta, sukma gemersik pincang ternoda.

Cinta adalah cinta, kasih, sayang,dusta,sengsara dan lara,
kerana cinta, aku hidup bersandarkan nafsu,
kerana cinta, aku merintih ke jalan benar dan,
kerana cinta, aku mengenali Tuhan.

Farahi ROhani
UKM Bangi Selangor
Harian Metro
Selasa 1 Februari 2011
H9

No comments:

Post a Comment