Saturday, May 3, 2014

Mecari jalan pintu syurga yang terakhir.

Assalammualaikum w.b.t


Hidup wajib beriman pada Qada dan Qadar. Setiap orang ada episod hidupnya dan episod hari ini tidak akan sama dengan episod sebelumnya. Ada yang bernasib baik ada juga yang kurang bernasib baik namun semua itu sudah tersurat dalam Loh Mahfuz.

Hari semalam adalah sejarah. Hari ini adalah hadiah. Mengapa perlu menangisi hari semalam? Apa yang berlaku adalah didikan dari ALLAH, itulah kekuatan kita sebenar. 

Mengapa perlu mengungkit setiap aturan ALLAH? Adakah itu tanda hati redha? Setiap orang pernah membuat kesilapan namun yang penting kesilapan itu diperbaiki dan kini tidak diulangi. Kita manusia yang tidak sempurna dan tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan.

Jika mereka yang dulu itu jahil dan kini kembali ke jalan ALLAH mengapa perlu diungkit kembali? Kita sepatutnya bantu dan sokong supaya mereka itu tidak tergelincir.Tidak gembirakah hati melihat orang-orang yang kita sayang kembali ke jalan ALLAH? 

Pabila hati dirobek mengapa neraka yang menjadi ungkapan? Adakah kerana kuasa veto di tangan kita? ALLAH itu Maha Pengampun, Nabi itu Pengampun dan diriwayat dalam hadis ada seorang hamba itu masuk ke dalam syurga kerana setiap malam dia  mengampunkan dosa-dosa orang.

Bicara lagi seorang Ustaz, tertutup pintu Lailatul Qadar seseorang itu kerana tidak memaafkan seseorang. 

Bukankah itu semuanya datang dari ALLAH. Hidup itu sementara. Apakah kita akan sedar apabila seseorang yang hadir dalam hidup kita kembali kepada ALLAH? Semua itu anugerah ALLAH dan tanggungjawab kita. Jika kita gagal bukan salah mereka, salah kita..Adakah itu yang kita sedia untuk jawab di sana nanti?

Jika dahulu hidup kita tidak seperti orang lain, adakah kita mahu apa yang kita alami berulang kembali kepada orang lain? Kita ada ilmu. Ilmu itu dapat mengubah segalanya. Mengapa perlu berdendam? Keraskah hati?

Hidayah ALLAH hanya untuk berlian terpilih. Hebat mana seseorang itu hebat ujianNYA. Tanya hati, sekiranya kita hidup dengan tiada nilai didikan agama, adakah kita berusaha untuk serapkan nilai-nilai itu bila kita diberi peluang? Bila kita sendiri tidak dapat merasainya adakah kita akan berusaha untuk orang lain merasainya?

Mengapa perlu melihat kehidupan orang lain, mengapa perlu melihat salah orang lain..Muhasabah.. Apa yang ada disekeliling kita hanyalah pinjaman ALLAH. Semua ALLAH akan ambil balik dan dihitung. Adakah kita hakim untuk menentukan neraka seseorang? Mengapa tidak ambil peluang yang ada untuk hidup dengan penuh kasih sayang dan aman damai sebab hidup ini singkat sahaja.  Hidup dengan bermaaf-maafan. Dan hargailah kerana mereka terpilih menjadi sebahagian dalam hidup kita. 

Sebagai orang Islam yang berilmu, tunjukkanlah yang Islam itu penuh dengan kasih sayang. Pintu taubat tidak pernah tertutup untuk hamba-hambanya. Apa yang berlaku hanya ALLAH yang Maha Mengetahui dan menjadi saksi.Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNYA.

Syurga atau neraka biarlah ALLAH yang tentukan. Maafkanlah dan mohon ampun.


Wednesday, April 23, 2014

Every Cloud Has A Silver Lining.


Assalammualaikum w.b.t

Kekadang tak terucap dengan kata-kata,
Kekadang masa pantas berlalu,
Kekadang rasa terduduk..
Kekadang ALLAH hantar seseorang itu..
ALLAH nak uji samada kita berubah samada dek kerna orang itu
atau kerana ALLAH.

Setiap kelahiran pasti ada kematian
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Lumrah alam tiada yang kekal.
Semua hanya bersifat sementara..




Awam mendung berarak..
Titisan air mencurah-curah.
Pasti ada hikmahnya.
Kerana aturan ALLAH tidak pernah silap
dan terbaik buat hambaNYA.





 


 






Sunday, April 6, 2014

My First Batch Foreign Workers.


Assalammualaikum w.b.t

Satu kenangan yang terindah untuk tahun ini.Di antara beribu-ribu orang mereka terpilih menjadi sebahagian keluarga kami.

Kebanyakan mereka adalah lepasan sekolah berumur 18 tahun.
Datang dalam serba kekurangan. Mengajar saya erti syukur.

Walaupon apa pon pandangan manusia terhadap mereka.Semoga mereka tidak tersasar meneruskan  perjalanan kehidupan di sini.




Rakyat Malaysia patut malu pada mereka. Walaupon telah berulang kali di beri peluang namun kita tidak tahu menghargainya. Kita selalu menuding jari menyalahkan pihak lain.

Mengajar saya erti kekurangan diri. Banyak kelemahan yang perlu dibaiki dalam komukasi saya.

"Ibunya bicara pantas sekali"

"Ngak faham ibu!!!"


Friday, March 14, 2014

Jodoh Pasti Bertemu......

Assalammualaikum w.b.t

Alfatihah untuk arwah Pak Ngah ..jiran sebelah rumah. Hari ini arwah Pak Ngah selamat dikebumikan. Ahad lalu mak beriya-riya ajak tengok Pak Ngah..ingatkan Pak Ngah sakit biasa-biasa tetapi bila tengok Pak Ngah dengan mata sendiri..SubhanaALLAH.

Arwah disyaki menghidap kanser usus.. tak nak operate..tak nak pergi hospital..tak nak doktor check..kalau nak mati..mati juga..katanya.

Mata sempat melihat arwah sambil tangan di dahi dan matanya tenang merenung siling. Adakah arwah tahu ajalnya telah tiba?Sakit arwah tak lama..

Saya pon mcm arwah..tak suka pergi hospital..pon tak suka ke klinik....kalau penyakit luaran atau hendak ambil ubat..baru menapak..tak da mc tu bukan tanda sihat...tapi tanda malas ke klinik.

Bila dengar kanser usus atau kolon..gerun pon ada..mungkin ini bahagian arwah..teringat arwah yang suka masak pastu suka hantar makanan dekat arwah..kini rumah itu sepi.


Hari ini nama aku sudah diberikan oleh mak dan ayah.
Mungkin esok namaku dipanggil arwah.
Hari ini aku pakai pakaian yg cantik dan mewah,
mungkin esok aku akan pakai kain kafan,
Hari ini aku berpijak diatas tanah ,
mungkin esok aku duduk dibawah tanah.
Hari ini aku boleh mandi sendiri ,
mungkin esok org lain yg akan memandikan aku .
Hari ini aku bahagia bersama org disekeliling ku , mungkin esok aku akan bersendirian.
Andai kata harini hari terakhir aku hidup didunia , ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan antara kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah Al-fatihah sebagai tanda kau merinduiku.

Menusuk ayat2 puitis ini..
Jodoh itu pasti bertemu...bertemu dengan ALLAH...
Pabila kita tahu jodoh kita di dunia.. pasti semua buat persedian awal..itu ini..sebab seumur hidup sekali..

Dan hati tanya pada diri ...saya tak tahu jodoh saya dengan ALLAH bila...adakah persediaan akan dibuat sepertimana jodoh di dunia?Sebab mati itu sekali sahaja.

Astaghfirullahaladzim

Astaghfirullahaladzim

Astaghfirullahaladzim