Friday, September 30, 2011

Buang sifat manja...ayuh jadi pejuang!!!

Tertarik dengan tajuk tazkirah Datuk Mohd Zawawi Yusof
Kena dengan situasi di ladang baru......

Hidup ini perlu berjuang.....
berani hidup..berani juang..
berani berkorban, kalau tak berani berkorban jangan berjuang..
dan kalau tak berani berjuang..berhentilah hidup..

Hidup bukan untuk hanya menunggu..
tetapi memburu..
hidup bukan memerhati..
bukan hanya untuk diperhatikan..
hidup bukan menunggu bantuan..
tetapi kita yang membantu..
Kemanjaan memang naluri percintaan dan kasih sayang..
tetapi jiwa pejuang ...jangan tidak boleh dimanjakan..
sebab orang yang manja tidak boleh di ajak berjuang.....

"Jika kamu menyandarkan hati dan bergantung harap kepada ALLAH sehingga tidak timbul sebarang kekhuatiran.."
"Jika kamu bertawakal dengan ALLAH dengan sebenar-benar tawakal, tentu Dia akan memberikan rezeki kepada kamu seperti burung yang diberi rezeki...pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang......."
Hanya kepada ALLAH kita berserah dan hanya padaNYA kita memohon pertolongan ...Jika ALLAH menolong kamu...tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu dan jika Tuhan membiarkan kamu...siapakah yang dapat menolong kamu selain ALLAH?

Wednesday, September 21, 2011

Sesungguhnya...........

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu

Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga


Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

"DIA" sedang berbicara tentang SABAR

Perginya roh-roh ramadhan..
Membawa sekali roh ketenangan..
Satu persatu ia menjadi kenyataan..
Ungkapan yang meniti di bibir..
Kataa-kata menjadi nyata..
Hidup ini tak selalu bahagia..


Adakala kesusahan melanda..
Adakala sepi menyapa..
Di saat tawa kadang-kadang terselit nangis..
Di saat gembira kadang-kadang terselit duka..
Bahkan dalam tenang mampu merasa gundah..
Dalam bahagia mampu merasa hampa..
Didatangi berita gembira mungkin berita sebaliknya..
Disertai rezeki yang mungkin melimpah atau sebaliknya..
Inilah yang dinamakan kehidupan..
Penuh pengajaran ..pengalaman suka duka hidup...

Hari ini berkampung.
Esok bercerai..
Esok di tempat baru..suasana baru..
Setiap  yang berlaku ada kebaikan..
Harus pejam mata dan cuba apa sahaja..
Sehabis daya di bawah kuasa mereka..

Banyak persoalan berlegar di minda..
Banyak tindakan yang mengguris..
Tetapi kata teman..
Kadang-kadang kita kena ikut rentak itu..
Sebagai memberi pengajaran..
Samada setiap tindakan betul atau salah...
Hidup ini indah..
Menerima dan memberi..

Ya Allah
Sesungguhnya aku adalah hambaMU..
anak kepada hamba perempuanMU..
ubun-ubunku di tanganMU..
terlaksana ke atasku hukumanMU..
dan adil kehakimanMU terhadapku..
Aku memohon kepadaMU..
dengan setiap nama yang Engkau namakan dalam kitabMU..
atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMU..
atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib disisiMU..
jadikanlah Al-Quran penenang hatiku..
cahaya di dadaku..
penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku..

Monday, August 29, 2011

Di Penghujung Ramadhan

Tahun ini raya bersederhana..
Tak kalut nak bertempik ngan si cilik berdua tu macam tahun lepas.
Kerana tahun ni giliran mereka masing-masing di rumah mertua..
Sorang lagi beraya di dalam hutan..

Mak depan cermin dok bergaya dengan baju rayanya..
Petang ni nak pakai katanya..

Hari ini terasa sayu..ramadhan dah nak pergi..
Masa ramadhan nak datang..berdebar-debar ja tunggu..
Alhamdulillah tahun ni dapat panjang bersama ramadhan..
Kalau bole ikat ramadhan..mesti makde ikat ..xnak ramadhan pergi..
Malam akhir makde sempat dengar tazkirah ...

Istimewanya ramadhan...ia datang di dalam pakej..
Nape ya??
Kerana terawih kita berkunjung di rumah ALLAH hari-hari.
Selepas terawih kita berkesempatan mendengar majlis ilmu tanpa paksaan..di mana pahala nya sama dengan 1000 pahala solat sunat..
Kerana ada malam qiamuallail di mana ketika itu satu malam malaikat semua turun..
Satu kebaikan  yang kita lakukan di balas dengan 70 pahala.
Bulan di mana ALLAH beri kita pahala percuma..
Bulan di mana semua syaitan ditambat dan kita mudah melakukan semua kebaikan tanpa hasutan..

Sayu hati..
Adakah selepas ini kita akan mengunjung rumah ALLAH seperti ramadhan?
Mendengar majlis ilmu?
Syawal adalah hari kita meraikan kemenangan semasa berpuasa..
Berpuasa menahan diri dari dunia kebendaaan..
Moga ramadhan kali ini terus memberi sinar..
Istiqamah ke arah kebaikan..


Pertemuan dan perpisahan..
Ramadhan kau datang..
Dan kau akan pergi jua..

Perginya imam muda..
Tiada lagi suara merdu..
Yang mengajak kita..
Merindui ALLAH...

Hati ini pernah berbisik..
Hati ini pernah bebal..
Hati ini pernah merungut..
"Lamanya tok imam ni baca"

Akhirnya..
Hati ini faham..
Hati ini belajar..
Jika begitu cara nya belajar dengan tok guru..
Begitu lah cara pembawakannya..
Ustaz ada berkata..
Di Mekah jemaah menangis kerana menghayati surah yang di baca..
Tetapi
Di Malaysia jemaah menangis bukan menghayati tetapi kepenatan..

Ustaz sempat memberi tip2 untuk menguatkan ingatan...mana2 yang mudah..jadikan sebagai amalan..
1. Sentiasa dalam keadaaan berwuduk..
2. Sentiasa selawat dan berzikir..
3. Bangun di tengah malam..solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat..
4. Bersugi..
5. makde xingat..hehe..

Nak menghafal ..waktu pagi selepas subuh...apa-apa yang kita nak buat niat kerana ALLAH..insyaALLAH ALLAH permudahkan..

Bagi makde ramadhan itu istimewa..tersirat dan tersurat..sangat istimewa..

Salam Ramadhan..
Salam Syawal..
Salam Silaturahim..