Saturday, June 18, 2011

Hikmah

subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah wallahu akbar
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah hasbi Allah

di tepi kerinduanku
memandang hampa pada dunia
ku hanya orang biasa
tak lepas dari rasa kecewa

hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya











Salam Jodoh..

Ya Allah
Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha Memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami.
Ya Allah,
aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih,memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah,
aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan,Ya ALLAH, jika masanya telah tiba,jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah,terbaik buat agamuku ya allah,terbaik buat diriku,keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dipertemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMU ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMU ya Allah,pasti terbaik buat diriku ya Allah...
Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,maka ya Allah,aku memohon kepadaMU agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutan-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha memakbulkan doa,Tuhan yang Maha Penentu Jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak member manafaat,jauhilah aku dari perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah..

Thursday, June 16, 2011

Aku Manusia Biasa

Bintangku semakin malap


Ku tahu dari awalan bintang itu tidak mampu ku gapai..kerna sekadar menumpang disebalik cahayanya..

Ku sekadar berkongsi semangat untuk meneruskan cabaran di hadapan..
Ku berkongsi cerita dibalik suka dan duka..

Namun cahaya bintang itu semakin malap..
Membuatku teraba-raba..
Aku terus mencari soalan..
Mengapa ia terjadi..

Ku renung dan ku mencari..
Mindaku terus ligat berkerja..
Menghantui fikiranku..
Berkocak-kocak urat serebrum..

Persoalan demi persoalan
Mengapa ia tiba-tiba?
Mengapa tidak berterus terang?
Mengapa harus sepi?
Mengapa harus diam?
Mengapa??
Mengapa??
Mengapa?


Walaupun pada hakikatnya..
Amat payah untuk ku lalui..
Apa salahku sehingga terus dihukum dan dihukum..
Apa dosaku terus diperlakukan begini..
Apa silapku ya ALLAH..sehingga ia terus menerus membunuh semangatku…
Apa khilafku..
Susahkah untuk bercakap benar??
Satu per satu diterjemahkan..

Aku memang manusia biasa
Yang tak sempurna dan kadang salah
Namun di hatiku hanya satu
Cinta untukmu luar biasa


Kemanakah dirimu
yang dulu cinta aku
Dimanakah dirimu
Yang selalu merindukanku...




"menggapai bintang di ufuk timur"




Tuesday, June 14, 2011

Pujuklah Hati

· Apa agaknya status emosi kita sekarang ye ? Maybe tengah gembira yang amat sangat.. atau maybe juga tengah bersedih.. murung.. geram.. atau boleh jadi juga kita hanya rasa hambar sahaja. Macam tak ada apa-apa perasaan pun.. Hmm..

· Perasan atau tidak..sebenarnya, kita sentiasa bergelumang dengan 'rasa-rasa' seperti itu. Sekejap kita sedih, sekejap kita happy. Sekejap rasa marah, sekejap lagi kita sudah boleh tersenyum dan ketawa berdekah-dekah. Jadi ?? Apa yang nak kita hairankan ?

· Kerana itu, biar apa pun perasaan kita sekarang ini.. pujuklah hati. Perasaan itu tidak lama. Sekejap ada sekejap takde. Sekejap datang.. sekejap lagi hilang.

· Barangkali ketika ini kita sedang bersedih.. entah apa musibah yang melanda. Entah ujian mana yang menduga. Sabarlah.. ujian kan perkara biasa. Allah pun dah bagitau. Orang mukmin itu akan sentiasa diuji.. kalau tak macammana nak masuk syurga ? Mana boleh masuk free ? Allah dah pun janji nak beli dari orang beriman itu semua harta dan keluarga mereka kerana nak gantikannya dengan syurga.

· Jadi?? Sepatutnya kita gembira terima ujian. Perempuan Sufi bernama Rabiatul Adawiyah menangis merintih kalau sudah lama tidak sakit atau diuji dengan kesusahan. Bimbang sungguh dia jika Allah sudah melupakannya.


· Sebab tu, kalau ketika ini kita sedang bersedih dan menderita, pujuklah hati untuk menerima ujian itu dengan gembira. Amboihh.. sekadar cakap memanglah senang kan ? Sabar..sabar. .sabar.. Tapi realitinya, semua orang pun tau..bukan senang nak sabar..

· Hmm.. Sebab tu yang penting.. PUJUKLAH HATI. Nak menangis pun menangislah. Lepaskan semua yang terbuku dihati. Bila dah lega sikit, cuba yakinkan diri.. ujian ini tanda kasih sayang Allah pada kita. Kesedihan ni tak lama. Ada tempoh tamatnya. Lepas tu, kita pasti akan tersenyum balik dan ketawa macam biasa. Maklumlah, hidup ni kan macam roda. Kejap kat atas. Kejap kat bawah. Kejap kita sedih. Kejap lagi okeylah ..

· Macam tu jugak.. kalau ketika ini kita sedang rasa seronok bukan main, kawallah kegembiraan tu. Jangan sampai keterlaluan. Apa pun anugerah atau pencapaian yang kita dapat ketika ini, jangan lupa itu pemberian Tuhan.

 
· Jadi, disamping kegembiraan itu, sertakanlah rasa syukur kepadaNya, selain jangan lupa selitkan juga rasa malu. Malu kerana walaupun dengan dosa demi dosa yang kita buat, Allah masih sudi memberikan nikmat demi nikmat kepada kita.

Malah jangan lupa, disebalik kegembiraan yang kita kecap ketika ini, timbulkan juga sedikit rasa waspada. Adakah nikmat yang diberikan Allah ini benar-benar satu anugerah yang dihulur Allah dengan penuh kasih sayang dan hidayah... atau satu istidraj yang dicampak Allah kerana ingin kita semakin hanyut dan jauh dari petunjukNya ? Nauzubillah.



P/s: TQ kepada penulis asal.