Saturday, January 25, 2014

Kembara Alam Siri Jelajah 3 -Melihat Kebesaran ALLAH SWT di bumi Aceh.

Assalammualaikum w.b.t

Banda Aceh adalah ideal asal mak yang beria-ria nak tengok bekas Tsunami.

Masa itu pakej offer seorang RM 1400. Bagi saya jika mak ngan abah nak pergi.pergi je..tak kisah berapa pon. Lagipon pakej ni ramai kawan-kawan.

Memandangkan mak nak bawa si Muiz,Wafiy dan kakak setelah dicongak2 didarab dan dibahagi, saya suarakan agar mak pergi backpack sebab ia menjimatkan.Terjebaklah diri untuk uruskan semua dari A-Z. Alhamdulillah pengalaman  mengikut sahabat  bercuti di tempat orang secara backpack dan ilmu sourching membantu sedikit sebanyak.

Tetapi masa dokumentari 26 Disember itu ia banyak membuka mata saya..Kenapa mak nak pergi.

Banda Aceh 4H 3N

Ticket Flight: RM 740 untuk 5 0rang termasuk luggage seorang 25kg ( ni beli masa promosi).Jika actual price harga RM 500 seorang.

Penginapan: Saya pilih Hotel Lading sebab ia terletak berdekatan dengan Masjid Baiturrahman dan Pasar Atjeh. Dalam 100 meter jalan kaki ke masjid.

Hotel Lading Banda Aceh
Jalan Cut Meutia 19,
Banda Aceh.

Tel: 0651635123 (Bapak Herman)-better call direct +62 sebab email lambat feeback.
Email: info@ladinghotelaceh.com

Saya dapat family room (tingkat bawah sekali),alhamdulillah betul-betul depan surau. Muiz la yang selalu teman saya solat di surau.

Ni depan surau.






Hotel 3 malam /Family room termasuk breakfast :Rp 1,050,000.00.

 Bilik ada hot shower dan aircond..Air panas dan seterika kena request. Untuk saya sekeluarga berbaloi perkhidmatan dan harga yang ditawarkan..Cuma air panas, ia mengambil masa dekat 10 minit untuk jerang di kaunter, sebab si Wafiy ni asyik-asyik susu..Sabar juga kakak berulang ke kaunter. Hari terakhir baru mereka letak dalam bekas..kira tak perlu tunggu jerang. Boleh pon letak dalam bekas.

Rental Mobile/Supir:

17 Jan 3pm until 20 Jan 11pm- Kira 3 hari ja..Alhamdulillah...Rp 1,350,000.00.

Rental Mobile +Supir : Rp 450,000.00 sehari.(Avanza) muat untuk 4 org..
Petrol, parking fee: kita bayo sendiri..macam saya tanya dulu anggaran tempat2 yang saya nak pegi..total Rp 150,000.00 (petrol) + parking Rp 5,000.00 + Rp 10,000 (Pantai Lampuuk).

1. Boleh ja call Hotel Lading dan minta rental mobile +supir sekali..Kena call..sebab email xda responce..Saya dah sampai baru dimaklumkan bahawa mereka ada carikan saya supir.


2. Faisal : +62 81360109676. 
   Irfan : +62 0813 77227800
   Miswar: +62 085260000492

 Ketiga-ketiga ini satu company yg sama..Saya deal dengan Faisal...Bapak Irfan bawa dua hari dan Miswar sehari masa hantar pulang.....Bapak Irfan dan Miswar kalau sebut ibu Haida mesti ingat sebab keriuhan dengan ketegangan telatah si Muiz dan si Wafiy...hanya orang sabar boleh tahan dengan situasi ini. Bapak Irfan ketika Tsunami dia di Jakarta...mula-mula tengok serius orangnya..hehehe..Miswar baru berusia 29 thn   dan dia adalah salah seorang yang mengalami sendiri pengalaman Tsunami. Ketika bencana, sungguh begitu banyak wang terhimpun di depan mata...tetapi ketika itu hanya nyawa sahaja difikirkan..hanya diri dan pakaian di badan sahaja yang selamat...kalau kita?

Saya berpuas hati dengan mereka sebab masa mereka tepati..dan sabar dengan karenah si siput ninja..Terima kasih untuk Irfan dan Miswar menemani kami sepanjang di Banda Aceh..

Si cilik...Si siput ninja...(Ibu itu panggil)..kakaka.,

3. Yusran : +62 0823 6079 3786. 
   Yusran ni salah seorang sub katering di Hotel Lading..Dia ada kawan-kawan untuk Supir. Boleh juga deal.


Normally kalau ambil teksi dari Banda Aceh untuk ke Hotel Lading adalah Rp100,000.00 (satu kereta bukan satu pax) dan Hotel lading menyediakan perkhidmatan Airport shuttle..ketika  penghantaran balik sahaja..dalam Rp 85,000.00 (buh pi la Rp 100,000.00) apa yang dimaklumkan kepada saya.

Kalau sampai petang, saya syorkan ambik teksi terus ke Hotel..Boleh jalan kaki ja ke Masjid Baiturrahman dan Pasar Atjeh..Alang-alang ke masjid solat sekali d dalam..Macam saya bawa mak dengan si cilik..saya buat pakej sendiri...santai..Tak boleh buat Aceh Adventure..sebab si cilik tak boleh duduk diam..Kalau bawa pergi tempat-tempat Tsunami.." Mengantuk la..".."Penat la"..Takkan nak tinggal dalam kereta..Balik terus hotel...

Tapi bila balik hotel..bukan tidur..siap berultraman lagi...kira warga Hotel Lading mesti hairan tengok bilik 123 yang riuh macam histeria..(tutup mata ja..tak berultraman..)..

Semua tempat Tsunami Tour tidak dikenakan bayaran..Ada banyak tabung-tabung amal di sediakan di situ..terpulang kepada diri kita..

Tempat -tempat yang saya lawati:-

1. Masjid Raya Baiturrahman.( saya jalan kaki ja..)
2. Pasar Atjeh (betul2 belakang masjid) pon saya jalan kaki ja..Pas solat .apalagi kaki..masuk gear la..

3. Rumah Aceh- tengok luar ja sebab tutup (Lonceng Cakra Donya- dekat rumah Aceh.
4. Makam Perkuburan Masal Sirom (meremang bulu roma sebab saya bayangkan 46,000 jasad dikebumikan di sini beramai-ramai...bayangkan ramainya..)
5.Museum Tsunami
6.Kapal APung Tsunami
7.Gunongan.
8.Kherkhoft Peucut (kalau tak salah makam orang Belanda)
9.Pantai Lampuuk..serius air dia jernih macam pantai Semporna.
10. Blang Padang- lalu ja..salah satu tempat yang ramai terkorban..

11. Masjid Rahmatullah
12. Masjid  Baiturrahim.
13. Makam Syiah (Para Ulama).


Semasa Tsunami,kebanyakan mereka berada di masjid-masjid (rumah ALLAH) melihat kebesaran ALLAH. ada yang mengatakan air tidak cecah lantai masjid..di Ulee Lheue hanya masjid Baiturrahim sahaja yang terselamat..

Saya bertuah sebab dapat jejaki ketiga-tiga masjid tersebut. 

Makanan:

Makanan di Banda Aceh tak de letak harga macam di Bandung..masa order saya siap memikirkan berapa harga..takut la kan..di tempat orang..dengan status pelancong..
Semua akan syorkan jus alpokat..(Awat Malaysia xbuat).
satu gelas : Rp 10,000.00.

Saya makan di restoran Khan Aceh Ryeuk untuk 4 orang dewasa dan 2 kanak2 : Rp 400,00.00 (berbaloi..sebab ayam tangkap,ikan bakar (bawal sederhana),ngan udang mentega..jus 7 gelas..+ gulai kambing dengan lauk aceh.

Stail orang Aceh..mereka akan hidangkan banyak-banyak lauk di atas meja..(nasib baik Kakak habaq)..kalau kamu rasa nak makan lauk tu..ambil..yang lain letak sebelah..kalau kamu usik ..yang itu akan dikira..

Makan di Pantai Lampuuk: Ikan Bakar dan nasi putih + 8 gelas jus : Rp 400,000.00...Besar ikan dia...Puas la makan ikan..

Mula-mula saya order mee..sekali mereka hantar..saya cancel ambil nasi..Mee memang buatan mereka sendiri..tetapi bagi saya mee rebus/mee udang kat Malaysia sedap lagi..huahuahua..

Makan malam/petang saya lebih suka mencuba makanan di gerai-gerai di tepi jalan Pasar Atjeh..kalau tidak cuba..masakan kita tidak tahu.
Alhamdulillah..makanan sedap dan harga berpatutan..Makanan petang saya sekeluarga hanya Rp 100,000.00 sahaja termasuk minuman..
 
Semasa berjalan-jalan di Pasar Atjeh dengan Kakak (pergi berdua sebab nak cari ole-ole dekat mak)..seorang pakcik siap memanggil-manggil...semangat pakcik tu..penjual Bakso ..suka saya dengan Bakso..

Saya beli tiga bungkus Rp 10,000.00 sebungkus..balik makan kat bilik..sedap Bakso dia..

Sambung makan pagi esok..Alhamdulillah perut tak ada apa2..

Sama dengan pakcik yang jual Ice kacang (sebelah Pakcik jual Bakso..(sana panggil lain..Ais kepal kot kalau tak salah.)..Rp 5,000.00..memang terbaik..tak sama dengan Malaysia...

Saya syorkan cuba Ice kacang dengan Mie Bakso pakcik-pakcik..betul-betul tepi jalan Y...Dekat situ boleh makan..tapi saya bungkus sebab nak makan dengan mak di hotel.

Apam balik kalau kat Malaysia letak jagung..Banda Aceh letak coklat..saya suka sebab coklat..Rp 10.000 ja..

Satu lagi nama kuih dia Pancung...ini pon sedap jugak.

Saya minta Pak Supir bawa ke tempat yang jual kuih-kuih tradisional...Macam -macam ada...mata pon rambang..Salah seorang penjual dia pernah kerja di Mattel Penang..5 tahun..

Apa-apa pon mak nak pergi lagi..nak bawa Abah..tengok sendiri Kekuasaan dan Kebesaran ALLAH S.W.T..

Saya cadangkan kawan-kawan pergi Banda Aceh..tengok sendiri bumi tanda Kekuasaan dan Kebesaran ALLAH..

-Al Fatihah buat mereka yang terkorban Tsunami 26 Disember 2004-






Friday, January 3, 2014

Salam Lebaran 2014

Assalammualaikum w.b.t 

Ini karya pertama 2014.......

Semalam adik angkat telefon..lama dia kata tak jenguk kampung..Bila dikira-kira rupanya hanya sekali balik sana iaitu hari raya. Sekarang tak macam dulu..Dulu kak kuat sayang..pagi kak rempit pergi..petang kak boleh balik hari yang sama..Sekarang mata jenuh macam nak bertongkat dengan lidi ja sbb tak tahan mengantuk..Berhenti lampu merah pon boleh terlelap..parah..Dulu makan semua tolak batu ngan kayu ja..sekarang asal makan...penyakit kulit datang..berbulan2 untuk sembuh..alah bagai termasuk serbuk pencuci kain..

Siap dia tanya lagi...tahun ini umur kak ida bapa? Pearghh...sudah menginjak tahun kematangan kak kamu..Kubur pon dah bagi isyarat..Asyik tanya jodoh kak ida ja tetapi jodoh itu pasti..jodoh dengan ALLAH..

Awal tahun sambut umur baru...ditambah lagi setahun untuk tahun Hijrah..Sebenarnya  suka lagi mengingati tarikh kelahiran Islam iaitu.11 Rabiaulawal..memang tak boleh lupa sebab bila orang asyik dengan Maulidur Rasul automatik ia akan mengingatkan ulangtahun kelahiran..

Tahun ni dah pasang angan...

Menabung duit banyak2 pastu jalan2 tengok tempat orang. Rasa macam nak pergi Narathiwat..tapi takut plok..

Nak posing Jubah dekat Puncak Gunung sambil pegang bendera negeri Kedah..

Naik dan turun gunung follow waktu normal..Kalau boleh nak jugak merasa dalam kelompok yang awal..macam mimpi dalam mimpi..chaiyokk!!.

Turunkan lagi kg...dan kg..kg..dengan kaedah semulajadi..no pills..no diet..just back to basic..

Rasa nak tukar tempat kerja...dan kerjaya..nak move keluar dari negeri ..tetapi mak says no..

Nak cari calon..kakaka..boleh tera tu..Sebab kalau boleh nak jadi orang pertama rasmi masjid baru..rasa macam umpama mimpi dalam mimpi jer...kelas kau Jah...Kalau boleh tahun 2015 atau pergi lagi ke sana nak merasa dengan pendamping sendiri.



Aku pernah jatuh tersungkur,
Aku pernah rebah,

Aku pernah luka berdarah,
Aku pernah tewas dengan nafsu,

Aku pernah kalah dengan dugaan,
Aku pernah kecewa dengan takdir,

Aku pernah merintih
Merintih dan merintih dengan setiap dosa tetapi hati ini tetap keras seperti batu.

Aku pernah menangis
Menangis dan menangis dengan setiap dosa tetapi hati ini tetap lupa pada ALLAH.

Aku taubat, aku ulangi lagi
Aku taubat, aku ulangi lagi
Aku taubat, tetapi tetap mengulangi kesilapan yg sama.

Bila aku bersahabat dengan AL-QURAN, aku baca, aku fahami, aku amal, dan aku jatuh cinta dengan firman-firman ALLAH.

Dari sana aku bangkit berdiri sampai saat ini, Ya Rabb jadikanlah Al-Quran sebagai bukti setiap amalanku sehari-hari yg mampu menerangi gelap kuburku. Allahumma amin.
Subhanallah.


origin not from me...

Siapa sangka anak-anak buah cari saya untuk benda-benda yang saya suka..Saya diberi authority untuk pilih kepada orang-orang yang mereka sayang ...bertuahkan mereka yang bergelar wanita..

Dan automatik dengan membuatkan orang gembira sy turut gembira..