Wednesday, May 29, 2013

Cukuplah sampai di sini..


Cukuplah menguji
Amarah orang yang sabar
Cukuplah menjaga
hati diri sendiri
Cukuplah dengan alasan
yang diberi
Cukuplah dengan apa
yang dilakukan..
Cukuplah berbicara..
Cukuplah sampai di sini..

Tika kemuncaknya kita hipokrit..
Tika itu nilai kejujuran tiada nilai lagi..
Tika kemuncaknya kita berbohong.
Tika itu nilai kepercayaan kian terhakis..

Segalanya ku tahan.
Segalanya ku pendam.
Segalanya ada batasnya..
Segalanya sampai di sini..

Bila hati tidak menghargai..
Maka janganlah membenci..
Bila tidak pernah memberi..
Maka janganlah mengharap..

Thursday, May 23, 2013

Cahaya Rejab

Assalammualaikum w.b.t

Pernah ketika dahulu usaha saya hanya dipandang sepi dan kiri kanan depan belakang orang bercakap tentang tindakan saya yang sedikit sebanyak menyekat kebebasan mereka.

Namun benar kata-kata makcik..apa-apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..Bukan mudah kita hendak menyampaikan ilmu..

Hari ini saya sangat bersyukur pada ALLAH..Sahabat a.k.a partner saya juga turut serta bersama saya.Sehingga kini saya dan dia bersaing ke rumah itu.Anak-anak buah saya yang sentiasa menyokong usaha kami bersama membuatkan rumah itu tidak suram lagi..setia dengan tanggungjawab masing-masing.

Kata Ustaz Don.
" Cuba kamu lihat disekeliling kamu...lihat disekeling kamu sekarang..apa yang mengingatkan kamu pada Nabi kita Muhammad S.A.W?

Saya mampu tersenyum kini.

Saya terima lagi perkhabaran yang indah dari sebelah sana. Ya ALLAH saya tidak keseorangan. Ya ALLAH saya nampak cahaya Rejab memancar-mancar...melambai-lambai Syaban dan Ramadhan. Sahabat-sahabat di sini tidak melepaskan peluang. Meriah.

Ya ALLAH saya harap usaha ini adalah usaha yang berpanjangan. Andai kata suatu ketika nanti saya tiada, saya sangat berharap sahabat-sahabat dan anak-anak buah yang saya percayai meneruskan perjuangan saya. Biarkan ia bercahaya sepanjang masa. Amin.

Hasrat saya kini sangat berharap saya dapat bersaing ke rumah itu dengan seorang lagi partner saya. Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan.

Saya tahu saya bukan seorang mujahidah.Saya belum sampai satu tahap mencintai ALLAH namun saya telah memulakan langkah untuk mengenal dan mencintai ALLAH. 

Sunday, May 19, 2013

Allah terus menguji dan mengingatkan aku

Assalammualaikum w.b.t
Ermm..rasanya saya mahu share tajuk di atas..

Semporna..Sabah.
Saya gagal lagi...daripada 3 ujian..hanya satu ja saya lulus..

Bila saya balik dan ceritakan pada mak..
mak memotivasikan saya..

Daripada RM 500 duit yang saya belanja untuk travelling,
takkan saya mahu berkira dengan 5% daripada itu..
saya masih lagi tidak teguh dengan pendirian itu..
ALLAH beri saya kelapangan untuk pergi ke Semporna..
dengan rezeki yang DIA berikan..
Namun saya tidak bersyukur sepenuhnya dengan nikmat
yang ALLAH bagi..

Namun walaupon gerak hati saya tersentuh..
Saya boleh berjalan berlalu begitu saja..
Mungkin orang cakap..hal kecil ja tu..
Jangan difikirkan..
Namun saya terfikir..kenapa saya..
Kenapa budak lelaki itu terus mengikuti saya..
dan saya..

Mungkin yang pertama saya lulus..
Namun saya gagal untuk kali ke 2 atau ketiga..
Mak kata
"Berapa kali lah sangat hang pergi Semporna?"
Tidak luak pon jika ang bagi kat depa..

ALLAH sedang menguji saya..
Namun saya ja belum lagi lulus..
Walaupon saya lulus yang pertama..
Namun saya gagal untuk keseluruhan.

Saya tidak tahu budak laki tu minta wang..
tunggu aksi aekrobatik..
sungguh saya tak faham bahasa isyarat nya..
terbayang2 susuk kecil didalam perahu usang
bersama gelora ombak..

Seorang budak lelaki terus mengikuti saya..
Walaupon sahabat saya telah memberi wang..
Hari ini saya terfikir..
Kenapa saya...?
Kenapa saya diikuti........
Kenapa memandang saya..
Kenapa hari pertama saya...
Kenapa hari kedua saya..
Kenapa hari ketiga saya...

Mungkin itu ujian yang ALLAH hantar pada saya..
Namun saya memandang sepi..

Saya tidak mahu memberi wang..
Kerna saya tidak mahu mengajar mereka..
Bahawa jika saya memberi sekali..
Mereka akan datang untuk kali kedua..
Mengharap dan terus mengharap..
Seterus mencemarkan pemandangan..
Tempat yang dikunjungi manusia serata dunia..

Namun hari ini saya belajar sesuatu..
Allah  mahu menguji saya...
Allah hendak bagi pahala pada saya percuma ja..
Ini orang minta...kau tak nak bagi,..
Orang yang tak nak ..itulah kau nak bagi sangat..

Mana harta kita?
Wang kita dalam wallet tu belum tentu kita punya..
Mungkin wang itu econ save punya..
maybank punya..
Baju itu mungkin kita mati adik-beradik kita punya..
mana yang kita punya..?
sedekah itulah yang kita punya..

Haisshhh print tampal merata..
Namun  hati still tidak tetap..
Macam mana nak tarbiah orang lain..
Rasa dah cukup sekali buat baik...
Kalau hari ni jogging seround..
Esok nak up jogging 2 round..
Namun napa xleh fikir..
Rini sekali..
Besok nak up dua kali...

Namun ada lagi ujian lagi disebaliknya..
Ujian dengan mulut manusia..
Mereka akan kata..kita nak menunjuk..
Jika hati tidak kuat..
Pasti kita berhenti takat itu saja..

Orang pernah kata saya macam-macam..
Kertas itu saya simpan lagi..
Kala itu saya berfikir..
"Aku xnak dah ambil tahu"
Namun bila saya baca buku biografi Nabi Muhammad S.A.W..
Eleh ciput tu pon kau dah mudah putus asa..

Saya pon fikir..
Mengapa perlu otak saya bersesak2..
Untuk ambil tahu semua itu..
Tapi orang tak tahu..
Ada sesuatu yang mendorong saya ambil tahu...

P/S: advisor saya dan sahabat2 baik..."apa nama blog hang?" kami nak bukak nih..
depa tak tau blog ni ayat2  dan karangan macam sampah..depa dah tak sabar nak baca apa yang digodek2...OOoo tgk luar ja skema..tapi dalam layan blues..Ahaks..









Wednesday, May 8, 2013

Galau

Assalammualaikum w.b.t
Lagu ni tetiba dimainkan setiap  kali pagi dan malam semasa saya memandu ke tempat kerja dan balik.  Ntah tetiba hari ini  dalam perjalanan pulang  saya dapat menangkap ayat"galau" dan cebisan lirik...pertama kali dengar perkataan galau.....maka digodek2 mr google..galau bermaksud "hati tidak keruan" rupanya.

kredit untuk lirik lagu ni :)

Penyanyi : Five Minutes


Judul lagu : Galau



Katakan saja, jangan kau sembunyikan
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hati
Mesti sekedar mengukir hatimu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Si hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

(sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan) putus dengan aku
(sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku) galau



Sunday, May 5, 2013

Sekadar suara lontaran

Assalammualaikum w.b.t

Selamat mengundi...
Undi adalah rahsia..hahaha..

Malam tadi sms bertimpa..anak2 muda berkempen..
Saya suka anak-anak muda yang bersemangat berkempen tanpa sogokan..
Tapi saya paling tidak suka bila kita menjaja "Islam".
Saya menghormati persepsi dan pendapat masing-masing.
Jika kita pengikut pemimpin yang bagus dan Islam kita war2kan..kita haruslah mengikut apa yang Islam suruh buat.

Saya cukup tidak suka kita sesuka hati memanggil gelaran yang bagi saya tidak wajar untuk sesaudara sesama Islam. Apabila kita menyebut kalimah itu maka kita tidak wajar menyakiti saudara sesama Islam.

Saya cukup tidak berkenan...pong2 kita kutuk bagai nak rak..tapi kita muka tak malu...boleh pula pergi ke post parti yang kita kutuk tuntut wang untuk pengundi di luar...Islam kah ini? berkat kah wang itu ? Mesti kita jawab ala itu wang rakyat? Iya ka? Jika saya cakap itu wang individu tertentu..tak kew jatuh haram wang tersebut? Macam tu ka Islam?? Islam mengajar jadi talam dua muka ka?? kalau pasal wang kita dah xingat garis panduan Islam...

Jangan bercakap hebat pasal Islam...jika kita mengutuk orang bagai nak rak..pastu hadap wang parti yang kita kutuk...


Jika mana2 pihak yang memerintah..saya gerenti semua akan cair dengan wang..cakap je no rasuah...sedangkan depan mata lagi terpampang..
Sekarang wang bukan depan mata kita..boleh la kita cakap...
tapi pantang aje orang nak kasi..pantang lepa...


Sebut Islam...itu tanggungjawab yang akan ditanya nanti..kita undi 5 tahun sekali ja..ALLAH tak tanya kita undi A atau B..kita undi berdasarkan pemimpin di kawasan tempat kita mengundi..Jika mereka salah saku sepanjang tempoh mereka berkhidmat dengan masyarakat itu salah mereka..mereka yang akan ditanya kelak nanti...macam kita sedekah dekat orang ...sama ada dia menipu atau tidak itu dia dengan ALLAH nanti..

Tak perlu kejar wang duniawi..tak senang mana pon..sebab keberkatan tu tiada..Perbetul diri sendiri..perbetul dalam rumah kita..tengok ahli keluarga kita..tengok di sekeliling kita..itu tanggungjawab yang ALLAH akan tanya dulu kelak...