Telah kutitip
segunung kedukaan
selaut airmata
dari sebuah tangisan
tentang semalam yang luka
Telah kutitip
selonggok kesepian
sekawan rindu
yang menerjah
dari hati dan perasaan
yang kekontangan
Telah kutitip kembali
hampas semangatku yang terbang
dedaun tekadku yang terbang
hari ini aku bangun
menggenggam kembali
sebuah cita-cita
untuk meneruskan...
**Roslinda Ibrahim**
Monday, December 29, 2014
Adakalanya
Adakalanya
Mesra itu ada
Apabila senyuman menjadi tawa
Menghidupkan suasana
Naluri insani meminta
Menjalinkan ikatan sahabat
Setia...
Adakalanya
Rindu itu ada
Apabila sahabat bertukar rasa
Mencuit hati dalam
Gelora kasih
Belaian mesra menjadi impian
Adakalanya
Sayang itu ada
Merisik seluruh sanubari
Menagih sesuatu
Melebihi mesra dan rindu
Adakalanya
Cinta itu ada
Lahir dari segala ribu rasa
Di antara resah dan gelisah
Hati berbunga indah
Dengan memiliki
Dan dimiliki
Janji kasih berpadu erat
Adakalanya
Kasih bertukar menjadi kasihan
Memberi simpati seadanya
Menerima di dalam keterpaksaaan
Ditelan mati emak
Diluah mati bapa
dan kepuraan menguasai diri
Adakalanya
Mesra, rindu, sayang , cinta
dan simpati itu ada
Melengkapi putaran hayat
Bila terkadang iman
tergugat
Namun percayalah
Segala ada rasa di situ
Walaup bahagia sekalipun
**Afizsar e9**
Tuesday, December 16, 2014
Allah knows the best
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih..
Aku hanya pengembara
bermula langkahku
Rinjani 2015
Saturday, November 22, 2014
Blog Duniaku Dakwahku
Assalammualaikum w.b.t
Bukan mudah untuk mencoret dan kebetulan jatuh pada hari ulangtahun.
Bukan mudah untuk memerah ilham apatah lagi disiang hari..
Akhirnya blog ini berusia 5 tahun.
Dahulu dan kini blog ini..tetapi tak pasti selamanya..
Memaparkan level karanganku..
Samada gred b atau c ..yang memerlukan usaha keras untuk memintal ayat-ayat supaya bererti untuk dicerna dan dihadam.
Jika satu ketika dahulu blog ini tempat ku melepaskan perasaan... jika itu dahulu..mungkin selepas ini akan berputar 180 darjah .lebih baik bicara sama blog dari bicara sama manusia..manusia suka menokok tambah dan menjadi batu api..dari blog yang hanya kelu membisu.
Mungkin selepas ini adakah aku mampu nak karang tentang perjalanan dan destinasi kebesaranMU.....yang pasti perlu wujudkan tabung camera...coz selama ni bergantung pada hp dan camera canggih kengkawan..mungkin selepas ni kena bawa buku nota...
Rinjani..agak2 tak sampai bolehkah nak mengarang?
2014 meninggalkan seribu satu cerita..2015 pembuka cerita.
Bila kita selalu disakiti..baru kita tahu bahawasanya kita mempunyai jiwa dan hati yang besar.
Bila kita tidak mengalah..baru kita tahu bahawasanya kita mampu buat yang lebih baik..
Bila kita berkawan dengan orang yang level tinggi..baru kita tahu bahawasanya betapa kerdilnya kita dan sekurang-kurangnya mengingatkan yang kita perlu keluar dari kepompong sendiri.
Ceritaku..colotehku..blogku..duniaku..dakwahku..
Aku hanya pengembara
mencari cintaMU dihatiku.

| Aku mampu pergi jauh |
| Cuba merasai apa yang mereka rasa..kalau bawa bebanan mau senget bahu sekali |
| KebesaranMU tiada tandingi |
Bila kita selalu disakiti..baru kita tahu bahawasanya kita mempunyai jiwa dan hati yang besar.
Bila kita tidak mengalah..baru kita tahu bahawasanya kita mampu buat yang lebih baik..
Bila kita berkawan dengan orang yang level tinggi..baru kita tahu bahawasanya betapa kerdilnya kita dan sekurang-kurangnya mengingatkan yang kita perlu keluar dari kepompong sendiri.
Ceritaku..colotehku..blogku..duniaku..dakwahku..
Aku hanya pengembara
mencari cintaMU dihatiku.
Subscribe to:
Posts (Atom)