Sunday, April 6, 2014

My First Batch Foreign Workers.


Assalammualaikum w.b.t

Satu kenangan yang terindah untuk tahun ini.Di antara beribu-ribu orang mereka terpilih menjadi sebahagian keluarga kami.

Kebanyakan mereka adalah lepasan sekolah berumur 18 tahun.
Datang dalam serba kekurangan. Mengajar saya erti syukur.

Walaupon apa pon pandangan manusia terhadap mereka.Semoga mereka tidak tersasar meneruskan  perjalanan kehidupan di sini.




Rakyat Malaysia patut malu pada mereka. Walaupon telah berulang kali di beri peluang namun kita tidak tahu menghargainya. Kita selalu menuding jari menyalahkan pihak lain.

Mengajar saya erti kekurangan diri. Banyak kelemahan yang perlu dibaiki dalam komukasi saya.

"Ibunya bicara pantas sekali"

"Ngak faham ibu!!!"


Friday, March 14, 2014

Jodoh Pasti Bertemu......

Assalammualaikum w.b.t

Alfatihah untuk arwah Pak Ngah ..jiran sebelah rumah. Hari ini arwah Pak Ngah selamat dikebumikan. Ahad lalu mak beriya-riya ajak tengok Pak Ngah..ingatkan Pak Ngah sakit biasa-biasa tetapi bila tengok Pak Ngah dengan mata sendiri..SubhanaALLAH.

Arwah disyaki menghidap kanser usus.. tak nak operate..tak nak pergi hospital..tak nak doktor check..kalau nak mati..mati juga..katanya.

Mata sempat melihat arwah sambil tangan di dahi dan matanya tenang merenung siling. Adakah arwah tahu ajalnya telah tiba?Sakit arwah tak lama..

Saya pon mcm arwah..tak suka pergi hospital..pon tak suka ke klinik....kalau penyakit luaran atau hendak ambil ubat..baru menapak..tak da mc tu bukan tanda sihat...tapi tanda malas ke klinik.

Bila dengar kanser usus atau kolon..gerun pon ada..mungkin ini bahagian arwah..teringat arwah yang suka masak pastu suka hantar makanan dekat arwah..kini rumah itu sepi.


Hari ini nama aku sudah diberikan oleh mak dan ayah.
Mungkin esok namaku dipanggil arwah.
Hari ini aku pakai pakaian yg cantik dan mewah,
mungkin esok aku akan pakai kain kafan,
Hari ini aku berpijak diatas tanah ,
mungkin esok aku duduk dibawah tanah.
Hari ini aku boleh mandi sendiri ,
mungkin esok org lain yg akan memandikan aku .
Hari ini aku bahagia bersama org disekeliling ku , mungkin esok aku akan bersendirian.
Andai kata harini hari terakhir aku hidup didunia , ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan antara kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah Al-fatihah sebagai tanda kau merinduiku.

Menusuk ayat2 puitis ini..
Jodoh itu pasti bertemu...bertemu dengan ALLAH...
Pabila kita tahu jodoh kita di dunia.. pasti semua buat persedian awal..itu ini..sebab seumur hidup sekali..

Dan hati tanya pada diri ...saya tak tahu jodoh saya dengan ALLAH bila...adakah persediaan akan dibuat sepertimana jodoh di dunia?Sebab mati itu sekali sahaja.

Astaghfirullahaladzim

Astaghfirullahaladzim

Astaghfirullahaladzim 
 
 

Saturday, March 1, 2014

Qadha AL-Hisbah

Assalammualaikum w.b.t

Al-Hisbah merupakan satu usaha yang dilakukan semata-mata untuk mendapat pahala di sisi ALLAH dan bertujuan untuk memelihara hak umum masyarakat,memelihara hak-hak ALLAH, menerapkan hukum-hukum feqah dengan sebaiknya dan memelihara adab-adab Islam.

Atau takrif secara umumnya: Menegakkan amar makruf setelah ternyata ditinggalkan dan mencegah perbuatan mungkar apabila ternyata telah dikerjakan..

Ustaz tanya:

Berapa ramai dikalangan kita berani kata.

"Jom kita pergi solat?".

Jika kita tidak berani mengajak ke arah kebaikan adakah kita punyai keberanian untuk mencegah kemungkaran?

"Jom pergi makan", " Jom pergi shopping"..kita tidak berasa kekok untuk mengajak..

Ayat Al-Quran yang berbicara tentang amar makruf nahi mungkar secara umum dan berlaku ke atas setiap muslim. 

Firman ALLAH yang bermaksud: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada ALLAH."

Di dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya. Jika ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya,itulah selemah-lemah iman."


Bicara saya pada seorang teman.
"Saya bukan jenis kacau orang...berapa lama kerja,.adakah suka2 kacau orang tanpa bersebab?"

Islam bukan kejam..Islam ada toleransi ..ada plus..ada minus..Islam itu contoh..Tetapi jika perbuatan kita tu dah tersasar..patut kena tegur..

Jika dah nama Islam berakal lagi baligh..benda-benda ni jadi basic..rasa tak perlu tegur berulang-ulang kali..

Teguran itu bukan membunuh...tapi teguran sebab sayang.

Dan suka orang menegur jika saya terbabas..itu tanda orang sayang dan prihatin pada saya.
 

 
 

Saturday, February 15, 2014

Performance Review

Assalammmualaikum w.b.t

Jumaat lepas adalah hari terakhir bos-bos besar hantar performance review anak-anak buah mereka.

Performance Review untuk saya?
Sesuatu yang tidak mengejutkan....Alhamdulillah setelah 5 tahun saya bekerja.
Jika dahulu kuota hanya dibuka untuk seorang tapi kali ini bos saya berdebat untuk dua orang..Rezeki masing-masing. Saya layak atau tidak....(angkat lift tekan sendiri).Sebab saya cover 4 group..dulu 3 trainer jaga..tapi sekarang seorang..cabaran lebih besar.

Siapa saya..itulah saya...hahaha...jika pertama kali saya review..kian menghampiri... tidak perlu menjatuhkan dan merendahkan2 orang lain...masing-masing punya bakat dan sandaran. Cuma ketika itu bukan rezeki saya sebab terhad hanya seorang.

Hanya bersandarkan apa yang dibuat.Tidak perlu bercakap manis2. Tidak perlu menjadi orang lain. Cuma selama saya kerja..tahun ini pertama kali ada sub saya IN...Improvement Needed..Saya tidak pernah  dapat IN untuk mana2 sub..

Saya akui komunikasi  agak kasaq dan mungkin  bekerja di bawah "tekanan". Komunikasi saya bila dikaji..memang teruk dari sebelum ini. Bila tukar bos baru.. suara pon tinggi..mungkin sebab protes..atau penat melayan karenah orang..Sedaya upaya tidak mahu marah orang..tetapi apabila tercetus diluar kawalan ..ia adalah satu jihad untuk mempertahankan.

Mak kata rezeki orang yang ikut suruhan ALLAH dan tak ikut suruhan ALLAH berbeza..satu, pahala..bukankah pahala itu rezeki? Hanya ALLAH yang mampu memberi...manusia tak boleh bagi pahala..kedua..berkat..bukankah itu juga rezeki...sebab saya tiada OT tapi  masih boleh uruskan kewangan saya...Kalau buat kerja yang betul..teruskan...sebab janji ALLAH itu pasti..tetapi bila kita buat kerja tak betul..ALLAH ada bagi bahagiannya tetapi kita tak nampak..


Bila teringat IN..teringat performance review dengan ALLAH..dulu tak pernah IN..sekarang dapat IN..macam tu jugak kan..IN pada pandangan ALLAH...IN komunikasi dengan ALLAH..

Dan saya akan buktikan pada ALLAH...overall yang dapat hari ini..begitu juga pada pandangan ALLAH one day..Insya ALLAH..


-Lagu ini semasa  tinggal di Darul Iffah...dan rindu sgt2 pada zaman ini..Darul Iffah kawan2 sume bagus2..cakap slow2 ja time ni...tak ada marah2..mungkin belajar ja..tak da tekanan.

Dalam pic ni ada seorang kawan..Maei ..kami buat macam2 nak tengok dia marah..


12 tahun yang lalu....muka2 suci...huhu...Kain sembahyang tu sampai hari ini ada dlm simpanan.



(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...




~Aku..Dulu Kini dan Selamanya~.


Subuh menyinsing fajar menjelma
Hatiku runsing entah mengapa
Mentari senja berwarna jingga
Tapi hatiku gundah gulana

Detik-detik silam mewarna hidupku
Atas kesilapan menurutkan nafsu
Aku terasing di bumi sendiri
Matamu menjeling

Sisa hidupku semakin hampir
Hanya padamu doa ku nanti
Padamu Tuhan aku berdoa
Engkau maafkan segala dosa

Detik-detik silam mewarna hidupku
Atas kesilapan menurutkan nafsu
Aku terasing di bumi sendiri
Matamu menjeling seolah mencaci - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/12/shy-8-terasing-di-bumi-sendiri-lyrics.html#.Uv96SIXH-M8
S